Jumlah bilangan mikroorganisma pada tangan jururawat sebelum dan selepas pencucian tangan :kajian saringan di wad medikal Hospital Universiti Sains Malaysia
Loading...
Date
2006
Authors
Shamsuddin, Shatilla
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
Latar Belakang: Pencucian tangan ialah salah satu kaedah yang efektif untuk
memutuskan rantaian jangkitan silang eli hospital. Objektif: Untuk mengenalpasti jumlah
bilangan mikroorganisma pada tangan jururawat sebelum dan selepas pencucian tangan,
faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah bilangan mikroorganisma selepas pencucian
tangan dan jenis aktiviti jagaan kesihatan yang menyumbang kepada kontaminasi tangan.
Metod: Penyelidikan ini dilakukan di wad medikal HUSM. Responden terdiri daripada 30
orang jururawat. Pemerhatian dilakukan ke atas proses pencucian tangan yang diamalkan
oleh jururawat. Responden diminta menekap jejari pada agar nutrien sebelum dan selepas
pencucian tangan. Selain itu, responden juga diminta untuk melakukan sebarang aktiviti
jagaan kesihatan dan sampel mikrobiologi diambil selepas responden melakukan aktiviti
tersebut. Keputusan: Didapati purata jumlah bilangan mikroorganisma pada tangan
jururawat ialah 40.27 CFU. Jumlah bilangan mikroorganisma akan berkurangan selepas
pencucian tangan. Tempoh masa pencucian tangan didapati mempengaruhi jumlah bilang
mikroorganisma selepas pencucian tangan. Semakin tinggi skala Fulkerson untuk aktiviti
jagaan kesihatan, semakin meningkat kadar kontaminasi pada tangan jururawat. Walau
bagaimanapun, hubungan antara aktiviti jagaan kesihatan dengan kadar kontaminasi adalah
tidak signiftkan. Kesimpulan: Adalah penting untuk kakitangan jagaan kesihatan untuk
melakukan pencucian tangan setiap kali sebelum dan selepas menyentuh pesakit atau
persekitarannya.
Description
Keywords
Pencucian tangan