Jumlah bilangan mikroorganisma pada tangan jururawat sebelum dan selepas pencucian tangan :kajian saringan di wad medikal Hospital Universiti Sains Malaysia

dc.contributor.authorShamsuddin, Shatilla
dc.date.accessioned2020-11-02T07:15:44Z
dc.date.available2020-11-02T07:15:44Z
dc.date.issued2006
dc.description.abstractLatar Belakang: Pencucian tangan ialah salah satu kaedah yang efektif untuk memutuskan rantaian jangkitan silang eli hospital. Objektif: Untuk mengenalpasti jumlah bilangan mikroorganisma pada tangan jururawat sebelum dan selepas pencucian tangan, faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah bilangan mikroorganisma selepas pencucian tangan dan jenis aktiviti jagaan kesihatan yang menyumbang kepada kontaminasi tangan. Metod: Penyelidikan ini dilakukan di wad medikal HUSM. Responden terdiri daripada 30 orang jururawat. Pemerhatian dilakukan ke atas proses pencucian tangan yang diamalkan oleh jururawat. Responden diminta menekap jejari pada agar nutrien sebelum dan selepas pencucian tangan. Selain itu, responden juga diminta untuk melakukan sebarang aktiviti jagaan kesihatan dan sampel mikrobiologi diambil selepas responden melakukan aktiviti tersebut. Keputusan: Didapati purata jumlah bilangan mikroorganisma pada tangan jururawat ialah 40.27 CFU. Jumlah bilangan mikroorganisma akan berkurangan selepas pencucian tangan. Tempoh masa pencucian tangan didapati mempengaruhi jumlah bilang mikroorganisma selepas pencucian tangan. Semakin tinggi skala Fulkerson untuk aktiviti jagaan kesihatan, semakin meningkat kadar kontaminasi pada tangan jururawat. Walau bagaimanapun, hubungan antara aktiviti jagaan kesihatan dengan kadar kontaminasi adalah tidak signiftkan. Kesimpulan: Adalah penting untuk kakitangan jagaan kesihatan untuk melakukan pencucian tangan setiap kali sebelum dan selepas menyentuh pesakit atau persekitarannya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/10660
dc.language.isoenen_US
dc.publisherPusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPencucian tanganen_US
dc.titleJumlah bilangan mikroorganisma pada tangan jururawat sebelum dan selepas pencucian tangan :kajian saringan di wad medikal Hospital Universiti Sains Malaysiaen_US
dc.typeOtheren_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: