Aspirasi Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bandar Dan Luar Bandar Utara Malaysia
Loading...
Date
2017-08
Authors
Ismail, Nurul Farah Adibah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian lepas menunjukkan aspirasi pendidikan merupakan elemen penentu
yang penting dalam pencapaian di sekolah dan di peringkat seterusnya. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti tahap aspirasi pendidikan, mengkaji hubungan di
antara lokasi dengan tahap aspirasi pendidikan dan meneroka perkara-perkara yang
mempengaruhi tahap aspirasi pendidikan pelajar tersebut. Selain itu, kajian ini juga
mengenal pasti senarai rancangan yang dimiliki oleh pelajar untuk mencapai tahap
aspirasi pendidikan tersebut. Responden kajian terdiri daripada pelajar Tahun 4, 5
dan 6 di 11 buah sekolah di kawasan utara Malaysia. Data kajian dikumpul dengan
menggunakan dua kaedah. Data mengenai aspirasi pendidikan iaitu merangkumi
perkara-perkara yang mempengaruhi telah dikumpulkan dengan mengedar borang
soal selidik kepada 1088 orang pelajar. Manakala data mengenai rancangan untuk
mencapai tahap aspirasi pendidikan telah dikumpulkan dengan menjalankan temu
bual separa struktur bersama 62 orang pelajar. Bagi mengetahui perkara-perkara
yang mempengaruhi tahap aspirasi pendidikan pelajar, penyelidik telah
menggunakan analisis regresi logistik manakala bagi mengetahui hubungan antara
lokasi dengan tahap aspirasi pendidikan, penyelidik telah menggunakan ujian Chi-
Square dan ujian Mann-Whitney. Dapatan kajian mendapati, Komitmen Ibu Bapa,
Jenis Pekerjaan Ibu, Pencapaian Akademik, dan Pendapatan Isi Rumah merupakan
perkara yang mempengaruhi tahap aspirasi pendidikan. Selain itu, kajian ini
menunjukkan hubungan yang lemah antara lokasi dengnan tahap aspirasi pendidikan
pelajar.
Description
Keywords
Aspirasi pendidikan dalam kalangan pelajar , sekolah rendah bandar dan luar bandar utara Malaysia