Aspirasi Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bandar Dan Luar Bandar Utara Malaysia

dc.contributor.authorIsmail, Nurul Farah Adibah
dc.date.accessioned2019-08-27T06:52:45Z
dc.date.available2019-08-27T06:52:45Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian lepas menunjukkan aspirasi pendidikan merupakan elemen penentu yang penting dalam pencapaian di sekolah dan di peringkat seterusnya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap aspirasi pendidikan, mengkaji hubungan di antara lokasi dengan tahap aspirasi pendidikan dan meneroka perkara-perkara yang mempengaruhi tahap aspirasi pendidikan pelajar tersebut. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti senarai rancangan yang dimiliki oleh pelajar untuk mencapai tahap aspirasi pendidikan tersebut. Responden kajian terdiri daripada pelajar Tahun 4, 5 dan 6 di 11 buah sekolah di kawasan utara Malaysia. Data kajian dikumpul dengan menggunakan dua kaedah. Data mengenai aspirasi pendidikan iaitu merangkumi perkara-perkara yang mempengaruhi telah dikumpulkan dengan mengedar borang soal selidik kepada 1088 orang pelajar. Manakala data mengenai rancangan untuk mencapai tahap aspirasi pendidikan telah dikumpulkan dengan menjalankan temu bual separa struktur bersama 62 orang pelajar. Bagi mengetahui perkara-perkara yang mempengaruhi tahap aspirasi pendidikan pelajar, penyelidik telah menggunakan analisis regresi logistik manakala bagi mengetahui hubungan antara lokasi dengan tahap aspirasi pendidikan, penyelidik telah menggunakan ujian Chi- Square dan ujian Mann-Whitney. Dapatan kajian mendapati, Komitmen Ibu Bapa, Jenis Pekerjaan Ibu, Pencapaian Akademik, dan Pendapatan Isi Rumah merupakan perkara yang mempengaruhi tahap aspirasi pendidikan. Selain itu, kajian ini menunjukkan hubungan yang lemah antara lokasi dengnan tahap aspirasi pendidikan pelajar.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8693
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectAspirasi pendidikan dalam kalangan pelajaren_US
dc.subjectsekolah rendah bandar dan luar bandar utara Malaysiaen_US
dc.titleAspirasi Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bandar Dan Luar Bandar Utara Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: