Hubungan Kerisauan Ujian Dan Gaya Coping Serta Prestasi Peperiksaan Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia
Loading...
Date
2011
Authors
Gurusamy, Sinnamachi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti perhubungan yang wujud antara
kerisauan ujian dan gaya coping dengan prestasi peperiksaan dalam kalangan pelajarpelajar
institut pendidikan guru yang mengikuti bidang pengkhususan yang berlainan.
Perbezaan skor min digunakan untuk membandingkan kerisauan ujian dan gaya
coping bagi keempat-empat bidang pengkhususan iaitu Sains dan Matematik, TESL,
Bahasa dan Kemahiran. Perbezaan skor min juga digunakan untuk membandingkan
pengkhususan dengan kerisauan ujian, komponen kebimbangan dan keemosian, gaya
coping, kerisauan-state, kerisauan-tret dan prestasi peperiksaan. Prestasi peperiksaan
diukur menggunakan titik Purata Nilai Gred (PNG). Sampel kajian diambil daripada
tiga buah Institut Pendidikan Guru Malaysia di Daerah Utara yang melibatkan 380
pelajar. Tiga instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu State-Trait Anxiety
Inventory, Test Anxiety Inventory dan Ways of Coping. Pelaksanaan kajian telah
dijalankan sebelum peperiksaan akhir semester iaitu pada bulan April 2009. Sebanyak
lapan hipotesis nol diuji dalam kajian ini dengan menggunakan ujian korelasi Pearson
dan ANOVA. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat korelasi signifikan
antara kerisauan ujian dan prestasi ujian dan juga antara gaya coping dan kerisauan
ujian.
Description
Keywords
Prestasi Peperiksaan , Pelajar Institut Pendidikan Guru