Hubungan Kerisauan Ujian Dan Gaya Coping Serta Prestasi Peperiksaan Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia

dc.contributor.authorGurusamy, Sinnamachi
dc.date.accessioned2019-08-30T08:19:04Z
dc.date.available2019-08-30T08:19:04Z
dc.date.issued2011
dc.description.abstractTujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti perhubungan yang wujud antara kerisauan ujian dan gaya coping dengan prestasi peperiksaan dalam kalangan pelajarpelajar institut pendidikan guru yang mengikuti bidang pengkhususan yang berlainan. Perbezaan skor min digunakan untuk membandingkan kerisauan ujian dan gaya coping bagi keempat-empat bidang pengkhususan iaitu Sains dan Matematik, TESL, Bahasa dan Kemahiran. Perbezaan skor min juga digunakan untuk membandingkan pengkhususan dengan kerisauan ujian, komponen kebimbangan dan keemosian, gaya coping, kerisauan-state, kerisauan-tret dan prestasi peperiksaan. Prestasi peperiksaan diukur menggunakan titik Purata Nilai Gred (PNG). Sampel kajian diambil daripada tiga buah Institut Pendidikan Guru Malaysia di Daerah Utara yang melibatkan 380 pelajar. Tiga instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu State-Trait Anxiety Inventory, Test Anxiety Inventory dan Ways of Coping. Pelaksanaan kajian telah dijalankan sebelum peperiksaan akhir semester iaitu pada bulan April 2009. Sebanyak lapan hipotesis nol diuji dalam kajian ini dengan menggunakan ujian korelasi Pearson dan ANOVA. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat korelasi signifikan antara kerisauan ujian dan prestasi ujian dan juga antara gaya coping dan kerisauan ujian.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8752
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPrestasi Peperiksaanen_US
dc.subjectPelajar Institut Pendidikan Guruen_US
dc.titleHubungan Kerisauan Ujian Dan Gaya Coping Serta Prestasi Peperiksaan Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: