Keselamatan Kebakaran Aktif dan Kesedaran Pengguna didalam Bangunan Muzium
Loading...
Date
2002-03
Authors
Yusoff, Siti Rohamini
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Perkembangan dan pertumbuhan Intitusi muzium di negara kita Malaysia semakin
bertambah dan merupakan satu institusi yang penting terutamanya dikalangan para
ilmuan, penyelidik, pelajar dan orang awam yang tergolong di dalam pelbagai peringkat
usia. Kebakaran yang berlaku pada muzium -muzium diseluruh dunia telah dikaji
selama 25 tahun oleh pihak 'Museum Security Network', Jadual 1.1 dan 1.2 telah
menunjukkan kerugian yang dialami oleh pihak institusi muzium dari segi nyawa,
hartabenda dan bangunan. Impak kerugian yang dialami melebihi US $ 50 juta
bersamaan dengan RM 190 juta. Kehilangan koleksi , artifak serta khazanah budaya
adalah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ekonomi negara, masyarakat
umumnya dan generasi akan datang. Di Malaysia kebakaran yang berlaku ke atas
Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 17hb.September 1991 dan bangunan tiga tingkat
yang menempatkan Muzium Kecantikan, Muzium Rakyat dan Muzium Layang-Layang
di Melaka pada 2hb.Dec 2001, seharusnya dijadikan iktibar dan pengajaran. Di antara
punca-punca kebakaran yang telah dikenalpasti adalah akibat dari kebocoran pendawaian
elektrik, kebakaran yang disengajakan, kecuaian pekerja, rokok dan sebagainya. Turutan
daripada kes-kes kebakaran di atas, kajian telah di jalankan ke atas 4 buah muzium di
Malaysia mengikut perbezaan umur bangunan dibina iaitu 10 tahun ke atas. Turutan
daripada berikut langkah keselamatan telah dikaji untuk menjaga kepentingan nyawa
manusia dan kerugian harta benda termasuk koleksi yang terdapat di dalam muzium iaitu
menerusi borang soalselidik, melalui temubual dengan beberapa orang kurator dan dari
pemerhatian di setiap lokasi kajian kes. Nyawa dan hartabenda adalah di beri keutamaan
semasa kajian dijalankan ianya adalah untuk memastikan sistem keselamatan kebakaran
seperti peralatan perlindungan aktif yang ada kini samada ianya sesuai di gunakan atau
memerlukan penstrukturan semula, disamping mengkaji jenis-jenis peralatan yang di
pasang terutamanya sistem perlindungan aktif. Turutan daripada kajian kes, penilaian
terhadap kesedaran mengenai kebakaran di kalangan pengunjung dan kakitangan juga
dikaji. Selain tersebut pendedahan terhadap penggunaan peralatan kebakaran juga
dikena1past menerusi soalselidik. Kajian juga mengupas serba sedikit sistem
perkhidmatan yang terdapat di dalam muzium dari segi penyelenggaraan terutamanya
untuk mengekalkan sistem yang ada supaya sentiasa berfungsi. Sejauh mana sistem
peralatan aktif berkesan dan di gunakan sehingga kini. Perundangan barn khusus untuk
Instiutsi Muzium perlu di fikirkan semula kerana kategori 'tempat perhimpunan' yang
terdapat di dalam Akta Bangunan 341(jadual ke sepuluh) adalah masih dalam kajian.
Jika di lihat daripada kajian kebakaran yang berlaku selama 25 tahun membuktikan
penggunaan peralatan mencegah kebakaran amat penting dan harus di kaji dengan serius
serta tahap pemikiran masyarakat di Malaysia tentang bahaya kebakaran masih ditahap
rendah. Cara yang berkesan untuk mencapai matlamat 'kebakaran sifar' pada muzium
dan lain-lain bangunan di Malaysia adalah memerlukan kerjasama dari kesemua pihak
iaitu Pihak Kerajaan, Pihak Perkhidmatan Bomba dan Pihak Pengurusan termasuk
kakitangan muzium serta pelawat hendaklah sentiasa berwaspada dengan bahaya
kebakaran. Dari rumusan kajian yang dijalankan melalui Statistic Packege Survey System
terbukti tahap kesedaran di kalangan pelawat amat rendah, namun ia juga berkaitrapat
dengan tahap pendidikan setiap individu, contohnya di muzium dan Galeri USM
kebanyakkan daripada pelawat dan kakitangan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi
terhadap bahaya kebakaran. Manaka]a ada segelintir pelawat dan kakitangan muzium
yang tidak megambil berat tentang bahaya kebakaran di muzium iaitu di Muzium Negara.
Manalaka bagi Muzium Perak keadaanya berbeza kerana tahap kesedaran di kalangan
kakitangannya adalah tinggi namun bagi pelawatnya, kesedaran tentang bahaya
kebakaran masih di tahap rendah. Namun tahap kesedaran dan juga penggunaan
peralatan pencegahan terutamanya dari segi perlindungan aktif, ianya bergantung pada
saiz bangunan, samada satu tingkat atau lebih dan ramaninya kakitangan yang bertugas di
dalamnya serta apakah tahap pendidikan yang ada pada setiap individu tersebut.
Rumusan mendapati semakin tinggi tahap pengajian dan pendedahan yang ada pada
individu tersebut maka makin tinggi tahap kesedaran yang ada. Perkembangan tamadun
manusia adalah daripada ilmu, oleh yang demikian muzium boleh di simpulkan sebagai
Institusi atau gedung ilmu yang mengumpul, mendokumen, mengekalkan, mempamerkan
dan menterjemahkan bahan-bahan bukti serta pengumpulan informasi untuk kepentingan
umum. Kepentingan ini sepatutnya berkekalan untuk generasi seterusnya disamping
tahap keselamatan iaitu keselamatan kebakaran yang optima semasa berada di dalam
muzium perlu diberi perhatian serius, kehilangan nyawa dan koleksi yang terdapat di
muzium sukar dicari ganti.
Description
Keywords
Kebakaran aktif , Kesedaran pengguna , Muzium