Keselamatan Kebakaran Aktif dan Kesedaran Pengguna didalam Bangunan Muzium
dc.contributor.author | Yusoff, Siti Rohamini | |
dc.date.accessioned | 2016-01-18T06:24:29Z | |
dc.date.available | 2016-01-18T06:24:29Z | |
dc.date.issued | 2002-03 | |
dc.description.abstract | Perkembangan dan pertumbuhan Intitusi muzium di negara kita Malaysia semakin bertambah dan merupakan satu institusi yang penting terutamanya dikalangan para ilmuan, penyelidik, pelajar dan orang awam yang tergolong di dalam pelbagai peringkat usia. Kebakaran yang berlaku pada muzium -muzium diseluruh dunia telah dikaji selama 25 tahun oleh pihak 'Museum Security Network', Jadual 1.1 dan 1.2 telah menunjukkan kerugian yang dialami oleh pihak institusi muzium dari segi nyawa, hartabenda dan bangunan. Impak kerugian yang dialami melebihi US $ 50 juta bersamaan dengan RM 190 juta. Kehilangan koleksi , artifak serta khazanah budaya adalah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ekonomi negara, masyarakat umumnya dan generasi akan datang. Di Malaysia kebakaran yang berlaku ke atas Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 17hb.September 1991 dan bangunan tiga tingkat yang menempatkan Muzium Kecantikan, Muzium Rakyat dan Muzium Layang-Layang di Melaka pada 2hb.Dec 2001, seharusnya dijadikan iktibar dan pengajaran. Di antara punca-punca kebakaran yang telah dikenalpasti adalah akibat dari kebocoran pendawaian elektrik, kebakaran yang disengajakan, kecuaian pekerja, rokok dan sebagainya. Turutan daripada kes-kes kebakaran di atas, kajian telah di jalankan ke atas 4 buah muzium di Malaysia mengikut perbezaan umur bangunan dibina iaitu 10 tahun ke atas. Turutan daripada berikut langkah keselamatan telah dikaji untuk menjaga kepentingan nyawa manusia dan kerugian harta benda termasuk koleksi yang terdapat di dalam muzium iaitu menerusi borang soalselidik, melalui temubual dengan beberapa orang kurator dan dari pemerhatian di setiap lokasi kajian kes. Nyawa dan hartabenda adalah di beri keutamaan semasa kajian dijalankan ianya adalah untuk memastikan sistem keselamatan kebakaran seperti peralatan perlindungan aktif yang ada kini samada ianya sesuai di gunakan atau memerlukan penstrukturan semula, disamping mengkaji jenis-jenis peralatan yang di pasang terutamanya sistem perlindungan aktif. Turutan daripada kajian kes, penilaian terhadap kesedaran mengenai kebakaran di kalangan pengunjung dan kakitangan juga dikaji. Selain tersebut pendedahan terhadap penggunaan peralatan kebakaran juga dikena1past menerusi soalselidik. Kajian juga mengupas serba sedikit sistem perkhidmatan yang terdapat di dalam muzium dari segi penyelenggaraan terutamanya untuk mengekalkan sistem yang ada supaya sentiasa berfungsi. Sejauh mana sistem peralatan aktif berkesan dan di gunakan sehingga kini. Perundangan barn khusus untuk Instiutsi Muzium perlu di fikirkan semula kerana kategori 'tempat perhimpunan' yang terdapat di dalam Akta Bangunan 341(jadual ke sepuluh) adalah masih dalam kajian. Jika di lihat daripada kajian kebakaran yang berlaku selama 25 tahun membuktikan penggunaan peralatan mencegah kebakaran amat penting dan harus di kaji dengan serius serta tahap pemikiran masyarakat di Malaysia tentang bahaya kebakaran masih ditahap rendah. Cara yang berkesan untuk mencapai matlamat 'kebakaran sifar' pada muzium dan lain-lain bangunan di Malaysia adalah memerlukan kerjasama dari kesemua pihak iaitu Pihak Kerajaan, Pihak Perkhidmatan Bomba dan Pihak Pengurusan termasuk kakitangan muzium serta pelawat hendaklah sentiasa berwaspada dengan bahaya kebakaran. Dari rumusan kajian yang dijalankan melalui Statistic Packege Survey System terbukti tahap kesedaran di kalangan pelawat amat rendah, namun ia juga berkaitrapat dengan tahap pendidikan setiap individu, contohnya di muzium dan Galeri USM kebanyakkan daripada pelawat dan kakitangan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap bahaya kebakaran. Manaka]a ada segelintir pelawat dan kakitangan muzium yang tidak megambil berat tentang bahaya kebakaran di muzium iaitu di Muzium Negara. Manalaka bagi Muzium Perak keadaanya berbeza kerana tahap kesedaran di kalangan kakitangannya adalah tinggi namun bagi pelawatnya, kesedaran tentang bahaya kebakaran masih di tahap rendah. Namun tahap kesedaran dan juga penggunaan peralatan pencegahan terutamanya dari segi perlindungan aktif, ianya bergantung pada saiz bangunan, samada satu tingkat atau lebih dan ramaninya kakitangan yang bertugas di dalamnya serta apakah tahap pendidikan yang ada pada setiap individu tersebut. Rumusan mendapati semakin tinggi tahap pengajian dan pendedahan yang ada pada individu tersebut maka makin tinggi tahap kesedaran yang ada. Perkembangan tamadun manusia adalah daripada ilmu, oleh yang demikian muzium boleh di simpulkan sebagai Institusi atau gedung ilmu yang mengumpul, mendokumen, mengekalkan, mempamerkan dan menterjemahkan bahan-bahan bukti serta pengumpulan informasi untuk kepentingan umum. Kepentingan ini sepatutnya berkekalan untuk generasi seterusnya disamping tahap keselamatan iaitu keselamatan kebakaran yang optima semasa berada di dalam muzium perlu diberi perhatian serius, kehilangan nyawa dan koleksi yang terdapat di muzium sukar dicari ganti. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/1659 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.subject | Kebakaran aktif | en_US |
dc.subject | Kesedaran pengguna | en_US |
dc.subject | Muzium | en_US |
dc.title | Keselamatan Kebakaran Aktif dan Kesedaran Pengguna didalam Bangunan Muzium | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: