Sintesis, Pencirian Manik Kitosan Dan Manik Kitosan Berangkaisilang Dan Kegunaannya Ke Atas Penjerapan Ion Fe(Ii) Dan Fe(Iii)
Loading...
Date
2004-09
Authors
Kamari, Azlan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Di dalam kajian ini, kitosan daripada bentuk asal iaitu serpihan kitosan
diubahsuai secara fizikal kepada manik kitosan dan seterusnya manik kitosan
diubahsuai secara kimia melalui proses rangkai silang menggunakan gluteraldehid
(GLA), epiklorohidrin (ECH) dan eter etilena glikol diglisidil (EGDE) dengan nisbah
1.0: 1.0 berdas~rkan nisbah manik kitosan kepada agen rangkai silang. Penjerapan ion
Fe(II) dan Fe(III) ke atas manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang telah
dikaji. Keputusan mendapati bahawa manik kitosan berangkaisilang tidak larut dan
mempunyai peratus penggembungan yang rendah dalam medium berasid dan
beralkali. Pencirian manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang dijalankan
dengan menggunakan kaedah-kaedah analisis seperti analisis kandungan unsur karbon,
hidrogen dan nitrogen, analisis luas permukaan dan saiz liang, spektroskopi
inframerah dan mikroskop elektron pengimbas. Kajian penjerapan ion Fe(II) dan
Fe(III) ke atas manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang dilakukan dengan
menetapkan beberapa parameter optimum, iaitu pH, masa pengacauan dan kadar
pengacauan. pH merupakan parameter dominan yang amat mempengaruhi penjerapan
ion Fe(I!) dan Fe(III) ke atas manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang.
Keputusan kajian mendapati bahawa pH optimum bagi penjerapan ion Fe(I!) dan
Fe(III) masing-masing ialah 5.0 dan 3.0. Penjerapan ion Fe(II) dan Fe(III) juga
dipengaruhi oleh kesai'l kepekatan awal ion Fe(II) dan Fe(III), saiz partikel dan suhu.
Isoterma penjerapan ion Fe(I1) dar. fe(lII) ke atas manik kitosan dan manik kitosan
berangkaisilang dapat diwakili oleh persamaan Langmuir yang dilinearkah.
Berdasarkan persamaan Langmuir, manik kitosan memberikan nilai muatan
XlX
penJerapan maksimum yang tinggi bagi kedua-dua ion Fe(II) dan Fe(IlI) jika
dibandingkan dengan manik kitosan berangkaisilang, iaitu 64.10 mg g-! dan 90.09 mg
gO!. Di antara manik-manik kitosan berangkaisilang yang dikaji, manik kitosan-ECH
menunjukkan muatan penjerapan maksimum yang tinggi, iaitu 57.47 mg g-! bagi ion
Fe (II) dan 72.46 mg g-! bagi ion Fe(III). Data kinetik didapati mematuhi model kinetik
tertib kedua dengan baik. Ini mengesahkan bahawa penjerapan ion Fe(II) dan Fe(III)
adalah merupakan penjerapan kimia. Sisihan piawai relatif (RSD) yang didapati
adalah kecil, iaitu 1.32 % dan 0.90 % bagi penjerapan ion. Fe(II) dan Fe(lII) masingmasing
ke atas manik kitosan menunjukkan bahawa data yang diperolehi bagi
keseluruhan eksperimen memberikan kepersisan yang baik. Nilai muatan penjerapan
maksimum bagi setiap ion logam ke atas manik kitosan dan manik kitosan
berangkaisilang berkurangan apabila dua atau lebih ion logam hadir dalam satu larutan
yang sama. Pengembalian semula ion Fe(II) dan Fe(III) daripada manik kitosan dan
manik kitosan berangkaisilang dapat dilakukan dengan menggunakan larutan EDT A,
HCl dan HN03. Daripada kajian pengembalian semula ini boleh dibuat andaian
bahawa penjerapan ion Fe(II) dan Fe(III) ke atas manik kitosan dan manik kitosan
berangkaisilang adalah melalui pengkelatan dan pertukaran ion. Berdasarkan kajian
kebolehgunaan semula didapati bahawa manik kitosan dan manik kitosan
berangkaisilang boleh digunakan berulang kali.
Description
Keywords
Kegunaan Manik Kitosan Dan Manik Kitosan Berangkaisilang , Ke Atas Penjerapan Ion Fe(Ii) Dan Fe(Iii)