Sintesis, Pencirian Manik Kitosan Dan Manik Kitosan Berangkaisilang Dan Kegunaannya Ke Atas Penjerapan Ion Fe(Ii) Dan Fe(Iii)
dc.contributor.author | Kamari, Azlan | |
dc.date.accessioned | 2016-10-10T01:37:14Z | |
dc.date.available | 2016-10-10T01:37:14Z | |
dc.date.issued | 2004-09 | |
dc.description.abstract | Di dalam kajian ini, kitosan daripada bentuk asal iaitu serpihan kitosan diubahsuai secara fizikal kepada manik kitosan dan seterusnya manik kitosan diubahsuai secara kimia melalui proses rangkai silang menggunakan gluteraldehid (GLA), epiklorohidrin (ECH) dan eter etilena glikol diglisidil (EGDE) dengan nisbah 1.0: 1.0 berdas~rkan nisbah manik kitosan kepada agen rangkai silang. Penjerapan ion Fe(II) dan Fe(III) ke atas manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang telah dikaji. Keputusan mendapati bahawa manik kitosan berangkaisilang tidak larut dan mempunyai peratus penggembungan yang rendah dalam medium berasid dan beralkali. Pencirian manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang dijalankan dengan menggunakan kaedah-kaedah analisis seperti analisis kandungan unsur karbon, hidrogen dan nitrogen, analisis luas permukaan dan saiz liang, spektroskopi inframerah dan mikroskop elektron pengimbas. Kajian penjerapan ion Fe(II) dan Fe(III) ke atas manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang dilakukan dengan menetapkan beberapa parameter optimum, iaitu pH, masa pengacauan dan kadar pengacauan. pH merupakan parameter dominan yang amat mempengaruhi penjerapan ion Fe(I!) dan Fe(III) ke atas manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang. Keputusan kajian mendapati bahawa pH optimum bagi penjerapan ion Fe(I!) dan Fe(III) masing-masing ialah 5.0 dan 3.0. Penjerapan ion Fe(II) dan Fe(III) juga dipengaruhi oleh kesai'l kepekatan awal ion Fe(II) dan Fe(III), saiz partikel dan suhu. Isoterma penjerapan ion Fe(I1) dar. fe(lII) ke atas manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang dapat diwakili oleh persamaan Langmuir yang dilinearkah. Berdasarkan persamaan Langmuir, manik kitosan memberikan nilai muatan XlX penJerapan maksimum yang tinggi bagi kedua-dua ion Fe(II) dan Fe(IlI) jika dibandingkan dengan manik kitosan berangkaisilang, iaitu 64.10 mg g-! dan 90.09 mg gO!. Di antara manik-manik kitosan berangkaisilang yang dikaji, manik kitosan-ECH menunjukkan muatan penjerapan maksimum yang tinggi, iaitu 57.47 mg g-! bagi ion Fe (II) dan 72.46 mg g-! bagi ion Fe(III). Data kinetik didapati mematuhi model kinetik tertib kedua dengan baik. Ini mengesahkan bahawa penjerapan ion Fe(II) dan Fe(III) adalah merupakan penjerapan kimia. Sisihan piawai relatif (RSD) yang didapati adalah kecil, iaitu 1.32 % dan 0.90 % bagi penjerapan ion. Fe(II) dan Fe(lII) masingmasing ke atas manik kitosan menunjukkan bahawa data yang diperolehi bagi keseluruhan eksperimen memberikan kepersisan yang baik. Nilai muatan penjerapan maksimum bagi setiap ion logam ke atas manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang berkurangan apabila dua atau lebih ion logam hadir dalam satu larutan yang sama. Pengembalian semula ion Fe(II) dan Fe(III) daripada manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang dapat dilakukan dengan menggunakan larutan EDT A, HCl dan HN03. Daripada kajian pengembalian semula ini boleh dibuat andaian bahawa penjerapan ion Fe(II) dan Fe(III) ke atas manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang adalah melalui pengkelatan dan pertukaran ion. Berdasarkan kajian kebolehgunaan semula didapati bahawa manik kitosan dan manik kitosan berangkaisilang boleh digunakan berulang kali. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/2700 | |
dc.subject | Kegunaan Manik Kitosan Dan Manik Kitosan Berangkaisilang | en_US |
dc.subject | Ke Atas Penjerapan Ion Fe(Ii) Dan Fe(Iii) | en_US |
dc.title | Sintesis, Pencirian Manik Kitosan Dan Manik Kitosan Berangkaisilang Dan Kegunaannya Ke Atas Penjerapan Ion Fe(Ii) Dan Fe(Iii) | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: