Kandungan Nutrien, Asid Lemak Dan Kualiti Pemakanan Ayam Pedaging, Ayam Kampung, Ayam Organik Dan Ayam Hutan

dc.contributor.authorISMAIL, JAMILAH
dc.date.accessioned2016-05-03T04:53:41Z
dc.date.available2016-05-03T04:53:41Z
dc.date.issued2015-02
dc.description.abstractPada masa kini, masih kurang kajian dan maklumat berkaitan kandungan nutrien dan asid lemak daging ayam alternatif dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah menganalisis dan membandingkan kandungan nutrien dan asid lemak bagi ayam pedaging, ayam kampung, ayam organik & ayam hutan mengikut bahagian badan bagi kategori mentah dan masak dan seterusnya mengenalpasti jenis ayam dan bahagian badan yang mengandungi nutrien dan asid lemak yang baik untuk kesihatan. Bahagian dada dan paha ayam hutan mentah dan kukus didapati mengandungi lemak paling rendah dan protein paling tinggi antara keempat empat jenis ayam tersebut (P<0.05). Hasil analisis asid lemak bagi kategori mentah bahagian dada dan paha mendapati, ayam kampung mengandungi jumlah omega-6 tertinggi dan ayam pedaging mengandungi jumlah omega-3 tertinggi (P<0.05). Bahagian masak pula menunjukkan kandungan asid linoleik (LA), α-linolenik (ALA), jumlah omega-6 dan omega-3 tertinggi pada kedua dua bahagian dada dan paha ayam hutan (P<0.05). Hasil bagi analisis mineral menunjukkan kandungan ferum, magnesium dan kalsium tertinggi pada semua bahagian ayam hutan mentah (P<0.05). Manakala, kepekatan ferum bahagian dada dan paha ayam organik masak adalah tertinggi. Kesimpulannya, ayam hutan boleh dicadangkan sebagai salah satu diet yang baik kerana kandungan dagingnya yang rendah lemak, tinggi protein serta kaya dengan asid lemak (asid LA dan ALA) serta mineral (ferum, magnesium, kalsium). Selain itu, kandungan asid lemak omega-6 yang tinggi pada ayam kampung juga baik untuk kesihatan. Daripada segi bahagian badan samada mentah atau dikukus, xiv bahagian paha mempunyai nutrien yang lebih baik bagi keempat empat jenis ayam. Kaedah kukus pula merupakan satu kaedah masakan yang paling baik kerana kehilangan nutrien adalah rendah.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1989
dc.subjectKandungan Nutrien, Asid Lemak Dan Kualiti Pemakananen_US
dc.subjectAyam Pedaging, Ayam Kampung, Ayam Organik Dan Ayam Hutanen_US
dc.titleKandungan Nutrien, Asid Lemak Dan Kualiti Pemakanan Ayam Pedaging, Ayam Kampung, Ayam Organik Dan Ayam Hutanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: