Penanganan Masalah Pelarian Rohingya Di Malaysia Dalam Konteks Hybrid Peace Dan Pendekatan Multi-Track
Loading...
Date
2018-06
Authors
Khairi, Aizat
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini menganalisis penanganan masalah pelarian Rohingya di Malaysia
menggunakan kerangka yang dibina berdasarkan idea hybrid peace dan pendekatan
multi-track. Persoalan utama dalam kajian ini adalah bagaimanakah masalah pelarian
Rohingya ditangani di negara ini? Siapakah aktor-aktor yang terlibat? Apakah peranan
dan inisiatif yang mereka lakukan untuk menangani masalah pelarian Rohingya?
Bagaimanakah kerjasama antara aktor-aktor yang terlibat boleh membantu menangani
isu pelarian Rohingya di Malaysia dengan lebih baik dan komprehensif? Bagi menjawab
persoalan kajian ini, kaedah penyelidikan berteraskan kualitatif digunakan untuk
mendapatkan data sekunder dan primer. Data sekunder dikutip daripada pelbagai sumber
termasuk kajian perpustakaan, akhbar dan laman web. Manakala, data primer dikutip
menggunakan kaedah seperti pemerhatian di lapangan, pemerhatian turut serta, temubual
mendalam dan Focus Group Discussion. Analisis data berdasarkan kerangka hybrid
peace dan pendekatan multi-track mendapati bahawa setiap aktor yang terlibat seperti
kerajaan Malaysia, UNHCR, akademik, NGO lokal dan pertubuhan pelarian Rohingya
mempunyai peranan dan inisiatif masing-masing dalam menangani masalah pelarian
Rohingya. Hasil menunjukkan bahawa setiap aktor tidak boleh menangani masalah
pelarian Rohingya dengan baik secara bersendirian kerana mempunyai pelbagai limitasi
dari segi kuasa, pengaruh, dana, maklumat, pengetahuan dan sumber manusia. Faktor
limitasi yang wujud menyebabkan setiap aktor mengambil inisiatif untuk mewujudkan
hubungan kerjasama antara mereka bagi menangani masalah pelarian Rohingya.
Description
Keywords
Penanganan masalah pelarian Rohingya di Malaysia , berdasarkan idea hybrid peace dan pendekatan multi-track