Penanganan Masalah Pelarian Rohingya Di Malaysia Dalam Konteks Hybrid Peace Dan Pendekatan Multi-Track
dc.contributor.author | Khairi, Aizat | |
dc.date.accessioned | 2019-04-03T06:31:22Z | |
dc.date.available | 2019-04-03T06:31:22Z | |
dc.date.issued | 2018-06 | |
dc.description.abstract | Kajian ini menganalisis penanganan masalah pelarian Rohingya di Malaysia menggunakan kerangka yang dibina berdasarkan idea hybrid peace dan pendekatan multi-track. Persoalan utama dalam kajian ini adalah bagaimanakah masalah pelarian Rohingya ditangani di negara ini? Siapakah aktor-aktor yang terlibat? Apakah peranan dan inisiatif yang mereka lakukan untuk menangani masalah pelarian Rohingya? Bagaimanakah kerjasama antara aktor-aktor yang terlibat boleh membantu menangani isu pelarian Rohingya di Malaysia dengan lebih baik dan komprehensif? Bagi menjawab persoalan kajian ini, kaedah penyelidikan berteraskan kualitatif digunakan untuk mendapatkan data sekunder dan primer. Data sekunder dikutip daripada pelbagai sumber termasuk kajian perpustakaan, akhbar dan laman web. Manakala, data primer dikutip menggunakan kaedah seperti pemerhatian di lapangan, pemerhatian turut serta, temubual mendalam dan Focus Group Discussion. Analisis data berdasarkan kerangka hybrid peace dan pendekatan multi-track mendapati bahawa setiap aktor yang terlibat seperti kerajaan Malaysia, UNHCR, akademik, NGO lokal dan pertubuhan pelarian Rohingya mempunyai peranan dan inisiatif masing-masing dalam menangani masalah pelarian Rohingya. Hasil menunjukkan bahawa setiap aktor tidak boleh menangani masalah pelarian Rohingya dengan baik secara bersendirian kerana mempunyai pelbagai limitasi dari segi kuasa, pengaruh, dana, maklumat, pengetahuan dan sumber manusia. Faktor limitasi yang wujud menyebabkan setiap aktor mengambil inisiatif untuk mewujudkan hubungan kerjasama antara mereka bagi menangani masalah pelarian Rohingya. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/7925 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Penanganan masalah pelarian Rohingya di Malaysia | en_US |
dc.subject | berdasarkan idea hybrid peace dan pendekatan multi-track | en_US |
dc.title | Penanganan Masalah Pelarian Rohingya Di Malaysia Dalam Konteks Hybrid Peace Dan Pendekatan Multi-Track | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: