Analisis Tematik Tafsiran Ayat Al-Quran Berkaitan Penjagaan Alam Sekitar
Loading...
Date
2016-08
Authors
Abdul Halim, 'Imaaduddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Isu alam sekitar pada masa kini amat berkait rapat dengan kehidupan manusia.
Isu-isu seperti pencemaran air dan udara serta hakisan tanah perlu dipandang serius
kerana kesan yang wujud bukan hanya melibatkan generasi sekarang tetapi juga generasi
pada masa hadapan. Diskusi yang melibatkan isu alam sekitar ini kerap dibincangkan
sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sebagai khalifah di muka
bumi, manusia perlu untuk menjaga alam sekitar ini kerana itu amanah yang diberikan
oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, seseorang itu mesti menjadikan al-Quran sebagai
sumber rujukan dan panduan bagi menangani segala isu termasuklah isu alam sekitar.
Kajian ini bertujuan mengkaji ayat-ayat al-Quran yang berkaitan penjagaan alam sekitar.
Objektif pertama ialah mengenalpasti ayat-ayat al-Quran berkaitan penjagaan alam
sekitar. Seterusnya objektif kedua ialah menganalisis bagaimana al-Quran menerangkan
cara-cara penjagaan alam sekitar dan objektif ketiga ialah membahaskan perbezaan
antara tafsir klasik dan moden dalam penafsiran ayat-ayat berkaitan penjagaan alam
sekitar yang dipilih. Objektif terakhir ialah menghuraikan perkaitan ayat-ayat yang
diteliti dengan isu-isu alam sekitar dalam Malaysia. Untuk mencapai kesemua objektif
ini, kajian kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah kepustakaan secara umum dan
tafsir al-Mawdu’iy secara khusus serta temu bual tidak berstruktur dilaksanakan.
Kaedah-kaedah kajian ini bertujuan untuk mengumpul data berkaitan ayat-ayat
penjagaan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar di Malaysia. Hasilnya, terdapat 16 ayat
dalam al-Quran dikenalpasti menjurus kepada aspek penjagaan alam sekitar. Seterusnya,
analisis data dalam kajian ini telah menggunapakai kaedah induktif dan deduktif. Ayatayat
al-Quran terpilih telah dianalisis berdasarkan dua tafsir utama iaitu Tafsir Ibn
Kathir dan Tafsir al-Misbah disamping beberapa tafsir yang lain serta dikaitkan dengan
isu-isu alam sekitar di Malaysia. Hasil kajian mendapati, terdapat ayat-ayat al-Quran
yang berkaitan dengan aspek penjagaan alam sekitar secara langsung dan tidak
langsung. Selain itu, kewujudan isu-isu alam sekitar di Malaysia ini amat berkaitan
dengan apa yang disebut dalam ayat-ayat al-Quran. Isu-isu ini berpunca daripada
manusia yang tidak mengambil pengajaran daripada ayat-ayat al-Quran.
Description
Keywords
Mengkaji ayat-ayat al-Quran yang berkaitan , penjagaan alam sekitar.