Analisis Tematik Tafsiran Ayat Al-Quran Berkaitan Penjagaan Alam Sekitar

dc.contributor.authorAbdul Halim, 'Imaaduddin
dc.date.accessioned2017-02-01T01:32:41Z
dc.date.available2017-02-01T01:32:41Z
dc.date.issued2016-08
dc.description.abstractIsu alam sekitar pada masa kini amat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Isu-isu seperti pencemaran air dan udara serta hakisan tanah perlu dipandang serius kerana kesan yang wujud bukan hanya melibatkan generasi sekarang tetapi juga generasi pada masa hadapan. Diskusi yang melibatkan isu alam sekitar ini kerap dibincangkan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sebagai khalifah di muka bumi, manusia perlu untuk menjaga alam sekitar ini kerana itu amanah yang diberikan oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, seseorang itu mesti menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan dan panduan bagi menangani segala isu termasuklah isu alam sekitar. Kajian ini bertujuan mengkaji ayat-ayat al-Quran yang berkaitan penjagaan alam sekitar. Objektif pertama ialah mengenalpasti ayat-ayat al-Quran berkaitan penjagaan alam sekitar. Seterusnya objektif kedua ialah menganalisis bagaimana al-Quran menerangkan cara-cara penjagaan alam sekitar dan objektif ketiga ialah membahaskan perbezaan antara tafsir klasik dan moden dalam penafsiran ayat-ayat berkaitan penjagaan alam sekitar yang dipilih. Objektif terakhir ialah menghuraikan perkaitan ayat-ayat yang diteliti dengan isu-isu alam sekitar dalam Malaysia. Untuk mencapai kesemua objektif ini, kajian kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah kepustakaan secara umum dan tafsir al-Mawdu’iy secara khusus serta temu bual tidak berstruktur dilaksanakan. Kaedah-kaedah kajian ini bertujuan untuk mengumpul data berkaitan ayat-ayat penjagaan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar di Malaysia. Hasilnya, terdapat 16 ayat dalam al-Quran dikenalpasti menjurus kepada aspek penjagaan alam sekitar. Seterusnya, analisis data dalam kajian ini telah menggunapakai kaedah induktif dan deduktif. Ayatayat al-Quran terpilih telah dianalisis berdasarkan dua tafsir utama iaitu Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir al-Misbah disamping beberapa tafsir yang lain serta dikaitkan dengan isu-isu alam sekitar di Malaysia. Hasil kajian mendapati, terdapat ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan aspek penjagaan alam sekitar secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, kewujudan isu-isu alam sekitar di Malaysia ini amat berkaitan dengan apa yang disebut dalam ayat-ayat al-Quran. Isu-isu ini berpunca daripada manusia yang tidak mengambil pengajaran daripada ayat-ayat al-Quran.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3633
dc.subjectMengkaji ayat-ayat al-Quran yang berkaitanen_US
dc.subjectpenjagaan alam sekitar.en_US
dc.titleAnalisis Tematik Tafsiran Ayat Al-Quran Berkaitan Penjagaan Alam Sekitaren_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: