Gaya Hidup Pengguna Muslim Dalam Memilih Perbankan Syariah Di Banda Aceh, Indonesia
Loading...
Date
2016-08
Authors
Ahmad Nizam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Gaya hidup merupakan bahagian daripada gelagat pengguna dalam
pemasaran. Perbincangan mengenai konsep gaya hidup pengguna selalunya
tertumpu pada pandangan yang diamalkan pada norma, budaya dan keyakinan
masyarakat utamanya berasaskan pendekatan barat. Hal ini menjadi masalah
ketika konsep gaya hidup pengguna berasaskan pendekatan barat tersebut
diamalkan pada pengguna Muslim dan pengguna Muslim perbankan syariah
yang tasawur dan epistemologinya sepenuhnya berasaskan Islam. Gaya hidup
pengguna Muslim menurut Islam merupakan satu jalan keluar untuk
mengurangkan permasalahan tersebut. Oleh itu, kajian ini berobjektifkan
kepada tiga perkara. Pertama, mengenal pasti konsep gaya hidup pengguna
Muslim perbankan syariah. Kedua, membentuk kriteria-kriteria gaya hidup
pengguna Muslim perbankan syariah. Ketiga, menganalisis persepsi gaya
hidup pengguna Muslim perbankan syariah di Banda Aceh berdasaskan
kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah. Kajian ini
dibahagi kepada dua fasa. Fasa pertama bersifat teoretikal dan berbentuk
kajian perpustakaan. Ia melibatkan temu bual dengan sekumpulan pakar
terhadap ketepatan konsep, kriteria dan item gaya hidup pengguna Muslim
perbankan syariah serta menggunakan analisis kandungan. Fasa kedua, ia
bersifat empirikal berbentuk kajian survei dengan membabitkan 450 responden
di Banda Aceh sebagai sampel kajian. Dapatan hasil kajian di fasa pertama
menunjukkan walaupun ayat al-Quran dan al-Hadis tidak langsung
menjelaskan tentang konsep gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah
akan tetapi kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim boleh dibentuk
daripada kewajiban individu dalam kehidupan sosial.. Daripada tiga prinsip asas
iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Dari dibentuk lima kriteria dan 31 item sebagai
instrumen bagi mengukur gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah. Lima
kriteria tersebut adalah niat dalam penggunaan, produk yang baik, suci dan halal,
maslahat dalam penggunaan, teladan dalam penggunaan dan bijak dalam
penggunaan. Adapun dapatan empirikal menjelaskan persepsi responden
perbankan syariah terhadap kriteria gaya hidup pengguna Muslim. Hampir semua
kriteria penentu mencatatkan min yang tinggi, iaitu niat dalam penggunaan
(M=3.94, SD=0.60), pemilihan produk yang baik, suci dan halal (M=4.27,
SD=0.58), maslahat dalam penggunaan (M=4.10, SD=0.54), teladan dalam
penggunaan (M=3.90, SD=0.60) dan bijak dalam penggunaan (M=3.84,
SD=0.60). Daripada dapatan perbezaan mengikut faktor demografi mendapati
skor min dan sisihan piawai bagi lelaki (M = 19.97, SD = 1.12) dan perempuan
(M = 20.21, SD = 1.32). Daripada hasil analisis faktor didapati rumusan awal
lima kriteria dan 26 item, hanya 14 item saja yang boleh dijadikan ukuran untuk
mengukur dengan empat kriteria utama yang mengikuti. Empat kriteria utama
menjadi pembentuk gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah iaitu kriteria
niat dalam penggunaan (30.51%), kriteria teladan dalam penggunaan (16.27%),
kriteria bijak dalam penggunaan (11.43%) dan kriteria maslahat dalam
penggunaan (10.46%). Hasil kajian ini menjelaskan bahawa pengguna Muslim
telah memberikan respon serta kesan positif terhadap kriteria gaya hidup
pengguna Muslim sehingga kriteria dan item tersebut boleh digunapakai sebagai
alat pengukuran gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah.
Description
Keywords
Menganalisis persepsi gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah di Banda Aceh , berdasaskan kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah.