Gaya Hidup Pengguna Muslim Dalam Memilih Perbankan Syariah Di Banda Aceh, Indonesia
dc.contributor.author | Ahmad Nizam | |
dc.date.accessioned | 2017-01-12T01:29:23Z | |
dc.date.available | 2017-01-12T01:29:23Z | |
dc.date.issued | 2016-08 | |
dc.description.abstract | Gaya hidup merupakan bahagian daripada gelagat pengguna dalam pemasaran. Perbincangan mengenai konsep gaya hidup pengguna selalunya tertumpu pada pandangan yang diamalkan pada norma, budaya dan keyakinan masyarakat utamanya berasaskan pendekatan barat. Hal ini menjadi masalah ketika konsep gaya hidup pengguna berasaskan pendekatan barat tersebut diamalkan pada pengguna Muslim dan pengguna Muslim perbankan syariah yang tasawur dan epistemologinya sepenuhnya berasaskan Islam. Gaya hidup pengguna Muslim menurut Islam merupakan satu jalan keluar untuk mengurangkan permasalahan tersebut. Oleh itu, kajian ini berobjektifkan kepada tiga perkara. Pertama, mengenal pasti konsep gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah. Kedua, membentuk kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah. Ketiga, menganalisis persepsi gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah di Banda Aceh berdasaskan kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah. Kajian ini dibahagi kepada dua fasa. Fasa pertama bersifat teoretikal dan berbentuk kajian perpustakaan. Ia melibatkan temu bual dengan sekumpulan pakar terhadap ketepatan konsep, kriteria dan item gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah serta menggunakan analisis kandungan. Fasa kedua, ia bersifat empirikal berbentuk kajian survei dengan membabitkan 450 responden di Banda Aceh sebagai sampel kajian. Dapatan hasil kajian di fasa pertama menunjukkan walaupun ayat al-Quran dan al-Hadis tidak langsung menjelaskan tentang konsep gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah akan tetapi kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim boleh dibentuk daripada kewajiban individu dalam kehidupan sosial.. Daripada tiga prinsip asas iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Dari dibentuk lima kriteria dan 31 item sebagai instrumen bagi mengukur gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah. Lima kriteria tersebut adalah niat dalam penggunaan, produk yang baik, suci dan halal, maslahat dalam penggunaan, teladan dalam penggunaan dan bijak dalam penggunaan. Adapun dapatan empirikal menjelaskan persepsi responden perbankan syariah terhadap kriteria gaya hidup pengguna Muslim. Hampir semua kriteria penentu mencatatkan min yang tinggi, iaitu niat dalam penggunaan (M=3.94, SD=0.60), pemilihan produk yang baik, suci dan halal (M=4.27, SD=0.58), maslahat dalam penggunaan (M=4.10, SD=0.54), teladan dalam penggunaan (M=3.90, SD=0.60) dan bijak dalam penggunaan (M=3.84, SD=0.60). Daripada dapatan perbezaan mengikut faktor demografi mendapati skor min dan sisihan piawai bagi lelaki (M = 19.97, SD = 1.12) dan perempuan (M = 20.21, SD = 1.32). Daripada hasil analisis faktor didapati rumusan awal lima kriteria dan 26 item, hanya 14 item saja yang boleh dijadikan ukuran untuk mengukur dengan empat kriteria utama yang mengikuti. Empat kriteria utama menjadi pembentuk gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah iaitu kriteria niat dalam penggunaan (30.51%), kriteria teladan dalam penggunaan (16.27%), kriteria bijak dalam penggunaan (11.43%) dan kriteria maslahat dalam penggunaan (10.46%). Hasil kajian ini menjelaskan bahawa pengguna Muslim telah memberikan respon serta kesan positif terhadap kriteria gaya hidup pengguna Muslim sehingga kriteria dan item tersebut boleh digunapakai sebagai alat pengukuran gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/3410 | |
dc.subject | Menganalisis persepsi gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah di Banda Aceh | en_US |
dc.subject | berdasaskan kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim perbankan syariah. | en_US |
dc.title | Gaya Hidup Pengguna Muslim Dalam Memilih Perbankan Syariah Di Banda Aceh, Indonesia | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: