Kriteria Reka Bentuk Hentian Bas: Kajian Kes Di Kampus Induk Univerisiti Sains Malaysia (USM)
Loading...
Date
2017-08
Authors
Mutti, Mohd Alif Ikrami
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Reka bentuk hentian bas (RBHB) merupakan salah satu elemen penting dalam
mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bas. Kegagalan menyediakan RBHB yang
kondusif mengikut keperluan pengguna boleh menyumbang kepada peningkatan
penggunaan kenderaan peribadi, yang merupakan satu ancaman besar dalam
pembangunan kampus lestari. Kajian awalan yang dilaksanakan diperingkat awal kajian
ini mendapati, RBHB sedia ada dalam kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM)
adalah tidak bersesuaian dengan keperluan pelbagai golongan pengguna dalam kampus.
Ini melibatkan aspek-aspek seperti aksesibiliti, keselesaan dan keselamatan terhadap
pelbagai golongan penumpang bas, pemandu bas dan pengguna jalan raya yang lain.
Bagi mengatasi permasalahan ini, kajian ini akan menghasilkan satu kriteria RBHB
dengan ciri-ciri yang lebih mudah diakses, selesa dan selamat bersesuaian dengan
keperluan penumpang bas, pemandu bas dan pengguna jalan raya yang lain di dalam
kampus USM. Bagi mencapai matlamat tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan
reka bentuk kajian kes untuk mengenal pasti permasalahan reka bentuk di lima buah
sampel hentian bas yang berada di laluan utama jalan raya dalam kampus USM. Kajian
ini telah dilaksanakan secara berperingkat melalui beberapa fasa. Fasa pertama ialah
membangunkan sebuah senarai periksa RBHB yang mengandungi parameter reka
bentuk yang perlu direkodkan bagi sesebuah hentian bas. Ini melibatkan aktiviti seperti
kajian literatur dan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dengan topik kajian
ini. Fasa kedua ialah kajian pemerhatian di lapangan yang melibatkan aktiviti
pengukuran, pengamatan visual dan merekod maklumat ke dalam senarai periksa RBHB
yang telah disediakan. Fasa ketiga pula ialah untuk menganalisis permasalahan reka
bentuk yang terdapat di setiap sampel hentian bas yang dikaji. Proses analisis ini
dilakukan dengan menggunakan kaedah triangulasi data yang akan membandingkan
hasil daripada dapatan kajian awalan, analisis dokumen dan pemerhatian yang telah
dilaksanakan. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa semua lima sampel hentian bas
yang dikaji mempunyai pelbagai masalah dari aspek jenis RBHB serta komponenkomponen
RBHB. Manakala fasa terakhir dalam kajian ini ialah mencadangkan satu
kriteria RBHB yang dapat memenuhi keperluan pelbagai golongan pengguna dalam
kampus USM. Untuk itu, kriteria RBHB yang dicadangkan akan menerapkan prinsipprinsip
yang tekandung dalam pendekatan Reka Bentuk Sejagat (RBS), serta merujuk
pandangan pakar-pakar dalam bidang reka bentuk, pembangunan kemudahan dalam
kampus serta perancangan pengangkutan. Kriteria RBHB yang dicadangkan ini dijangka
dapat menjadi rujukan kepada pereka bentuk atau perancang pembangunan dalam
kampus USM untuk penambahbaikan RBHB sedia ada atau menghasilkan RBHB baru
pada masa akan datang.
Description
Keywords
Reka bentuk hentian bas , mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bas