Kriteria Reka Bentuk Hentian Bas: Kajian Kes Di Kampus Induk Univerisiti Sains Malaysia (USM)

dc.contributor.authorMutti, Mohd Alif Ikrami
dc.date.accessioned2018-01-09T06:25:15Z
dc.date.available2018-01-09T06:25:15Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractReka bentuk hentian bas (RBHB) merupakan salah satu elemen penting dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bas. Kegagalan menyediakan RBHB yang kondusif mengikut keperluan pengguna boleh menyumbang kepada peningkatan penggunaan kenderaan peribadi, yang merupakan satu ancaman besar dalam pembangunan kampus lestari. Kajian awalan yang dilaksanakan diperingkat awal kajian ini mendapati, RBHB sedia ada dalam kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM) adalah tidak bersesuaian dengan keperluan pelbagai golongan pengguna dalam kampus. Ini melibatkan aspek-aspek seperti aksesibiliti, keselesaan dan keselamatan terhadap pelbagai golongan penumpang bas, pemandu bas dan pengguna jalan raya yang lain. Bagi mengatasi permasalahan ini, kajian ini akan menghasilkan satu kriteria RBHB dengan ciri-ciri yang lebih mudah diakses, selesa dan selamat bersesuaian dengan keperluan penumpang bas, pemandu bas dan pengguna jalan raya yang lain di dalam kampus USM. Bagi mencapai matlamat tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian kes untuk mengenal pasti permasalahan reka bentuk di lima buah sampel hentian bas yang berada di laluan utama jalan raya dalam kampus USM. Kajian ini telah dilaksanakan secara berperingkat melalui beberapa fasa. Fasa pertama ialah membangunkan sebuah senarai periksa RBHB yang mengandungi parameter reka bentuk yang perlu direkodkan bagi sesebuah hentian bas. Ini melibatkan aktiviti seperti kajian literatur dan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dengan topik kajian ini. Fasa kedua ialah kajian pemerhatian di lapangan yang melibatkan aktiviti pengukuran, pengamatan visual dan merekod maklumat ke dalam senarai periksa RBHB yang telah disediakan. Fasa ketiga pula ialah untuk menganalisis permasalahan reka bentuk yang terdapat di setiap sampel hentian bas yang dikaji. Proses analisis ini dilakukan dengan menggunakan kaedah triangulasi data yang akan membandingkan hasil daripada dapatan kajian awalan, analisis dokumen dan pemerhatian yang telah dilaksanakan. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa semua lima sampel hentian bas yang dikaji mempunyai pelbagai masalah dari aspek jenis RBHB serta komponenkomponen RBHB. Manakala fasa terakhir dalam kajian ini ialah mencadangkan satu kriteria RBHB yang dapat memenuhi keperluan pelbagai golongan pengguna dalam kampus USM. Untuk itu, kriteria RBHB yang dicadangkan akan menerapkan prinsipprinsip yang tekandung dalam pendekatan Reka Bentuk Sejagat (RBS), serta merujuk pandangan pakar-pakar dalam bidang reka bentuk, pembangunan kemudahan dalam kampus serta perancangan pengangkutan. Kriteria RBHB yang dicadangkan ini dijangka dapat menjadi rujukan kepada pereka bentuk atau perancang pembangunan dalam kampus USM untuk penambahbaikan RBHB sedia ada atau menghasilkan RBHB baru pada masa akan datang.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5338
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectReka bentuk hentian basen_US
dc.subjectmempertingkatkan kualiti perkhidmatan basen_US
dc.titleKriteria Reka Bentuk Hentian Bas: Kajian Kes Di Kampus Induk Univerisiti Sains Malaysia (USM)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: