Pengekspresian dan kajian imunologi ke atas gen mtp40 daripada Mycobacterium tuberculosis
Loading...
Date
2001-03
Authors
Ismail, Aziah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pembangunan vaksin yang berkesan adalah dianggap satu kaedah utama dalam
kawalan terhadap tuberkulosis di seluruh dunia. Fokus utama projek ini ialah protein
MTP40 pada M. tuberculosis yang telah dilaporkan sebelum ini mengandungi keduadua
epitop sel B dan sel T. Dalam kajian ini gerak balas keimunan terhadap 7 peptida
yang diterbitkan daripada protein MTP40 dalam M. tuberculosis telah diuji dengan
kaedah "enzyme linked immunosorbent assay" (ELISA) dan "lymphoblastic
transformation test" (L TT) menggunakan spesimen pesakit TB (TB}, individu yang
terdedah kepada TB tanpa gejala (HC) dan individu kawalan (NC). Gerak balas
antibodi terhadap peptida MTP40 secara umumnya didapati lebih tinggi dalam
kumpulan TB berbanding dengan kumpulan HC tetapi hanya peptida P1 dan P2 yang
memberikan perbezaan yang signifikan pada kedua-dua kumpulan tersebut. Di
samping itu, gerak balas limfosit terhadap peptida tersebut adalah lebih tinggi di
kalangan individu kumpulan HC berbanding dengan kumpulan TB di mana P1, P2, PS
dan P6 memberikan perbezaan yang signifikan. Keputusan ini mencadangkan MTP40
mungkin bergunak sebagai calon vaksin. Kajian lanjut telah dilakukan dengan lebih
mendalam untuk mengkaji kemungkinan ini.
Gen mtp40 telah diklon ke dalam dua vektor pengklonan. Pengklonan gen tersebut ke
dalam pJW4303 mewujudkan klon rekombinan pJWmtp40-24 yang sesuai untuk
digunakan sebagai vaksin DNA. Pengklonan gen tersebut dalam vektor kedua, vektor
pengekspresian pGEX-2T, menghasilkan klon rekombinan pGEXmtp40-l yang
memberikan tahap pengekspresian MTP40 yang tinggi sebagai protein pertaupan
kepada enzim glutathione s-transferase. PJWmtp40-24 telah digunakan untuk imunisasi ke dalam mencit C57BL/6J. Dengan
menggunakan kaedah blot Western, serum mencit yang divaksinasi telah menunjukkan
kebolehan untuk mengekspresi protein MTP40 yang dihasilkan daripada pGEXmtp40-l.
Melalui ELISA, ia menunjukkan bahawa pJWmtp40-24 boleh merangsang gerak balas
antibodi terhadap semua 7 peptida di atas walaupun gerak balas setiap peptida
berbeza daripada mencit kepada mencit yang lain. Dalam ujian L TT, spesimen
daripada mencit yang diimunisasi menunjukkan gerak balas yang signifikan terhadap
peptida P4 dan P6.
Keputusan di atas menunjukkan bahawa klon rekombinan pJWmtp40-24 berpotensi
untuk dibangunkan sebagai calon vaksin DNA terhadap tuberkulosis.
Description
Keywords
Tuberkulosis