Pengekspresian dan kajian imunologi ke atas gen mtp40 daripada Mycobacterium tuberculosis

dc.contributor.authorIsmail, Aziah
dc.date.accessioned2017-08-14T08:17:27Z
dc.date.available2017-08-14T08:17:27Z
dc.date.issued2001-03
dc.description.abstractPembangunan vaksin yang berkesan adalah dianggap satu kaedah utama dalam kawalan terhadap tuberkulosis di seluruh dunia. Fokus utama projek ini ialah protein MTP40 pada M. tuberculosis yang telah dilaporkan sebelum ini mengandungi keduadua epitop sel B dan sel T. Dalam kajian ini gerak balas keimunan terhadap 7 peptida yang diterbitkan daripada protein MTP40 dalam M. tuberculosis telah diuji dengan kaedah "enzyme linked immunosorbent assay" (ELISA) dan "lymphoblastic transformation test" (L TT) menggunakan spesimen pesakit TB (TB}, individu yang terdedah kepada TB tanpa gejala (HC) dan individu kawalan (NC). Gerak balas antibodi terhadap peptida MTP40 secara umumnya didapati lebih tinggi dalam kumpulan TB berbanding dengan kumpulan HC tetapi hanya peptida P1 dan P2 yang memberikan perbezaan yang signifikan pada kedua-dua kumpulan tersebut. Di samping itu, gerak balas limfosit terhadap peptida tersebut adalah lebih tinggi di kalangan individu kumpulan HC berbanding dengan kumpulan TB di mana P1, P2, PS dan P6 memberikan perbezaan yang signifikan. Keputusan ini mencadangkan MTP40 mungkin bergunak sebagai calon vaksin. Kajian lanjut telah dilakukan dengan lebih mendalam untuk mengkaji kemungkinan ini. Gen mtp40 telah diklon ke dalam dua vektor pengklonan. Pengklonan gen tersebut ke dalam pJW4303 mewujudkan klon rekombinan pJWmtp40-24 yang sesuai untuk digunakan sebagai vaksin DNA. Pengklonan gen tersebut dalam vektor kedua, vektor pengekspresian pGEX-2T, menghasilkan klon rekombinan pGEXmtp40-l yang memberikan tahap pengekspresian MTP40 yang tinggi sebagai protein pertaupan kepada enzim glutathione s-transferase. PJWmtp40-24 telah digunakan untuk imunisasi ke dalam mencit C57BL/6J. Dengan menggunakan kaedah blot Western, serum mencit yang divaksinasi telah menunjukkan kebolehan untuk mengekspresi protein MTP40 yang dihasilkan daripada pGEXmtp40-l. Melalui ELISA, ia menunjukkan bahawa pJWmtp40-24 boleh merangsang gerak balas antibodi terhadap semua 7 peptida di atas walaupun gerak balas setiap peptida berbeza daripada mencit kepada mencit yang lain. Dalam ujian L TT, spesimen daripada mencit yang diimunisasi menunjukkan gerak balas yang signifikan terhadap peptida P4 dan P6. Keputusan di atas menunjukkan bahawa klon rekombinan pJWmtp40-24 berpotensi untuk dibangunkan sebagai calon vaksin DNA terhadap tuberkulosis.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4360
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectTuberkulosisen_US
dc.titlePengekspresian dan kajian imunologi ke atas gen mtp40 daripada Mycobacterium tuberculosisen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: