Pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dan Pengurusan Pengetahuan Terhadap Tingkah Laku Kreatif Dan Inovatif Pengajaran Guru Sekolah Kebangsaan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2019-08
Authors
Abdul Wahab, Ahmad Azeyizwadi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh kepimpinan instruksional guru besar terhadap tingkah laku kreatif dan inovatif pengajaran guru serta peranan pengurusan pengetahuan sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan instruksional dengan tingkah laku kreatif dan inovatif pengajaran guru. Kajian ini menggunakan gabungan dua kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Data bagi kaedah kuantitatif diperoleh daripada 450 orang guru yang dipilih secara rawak dari 35 sekolah kebangsaan di Pulau Pinang. Manakala soal selidik yang digunakan dalam kajian ini merupakan instrumen teijemahan amalan kepimpinan instruksional oleh Hallinger dan Lee (2013), pengurusan pengetahuan oleh Turyasingura (2011) dan tingkah laku inovatif oleh Hsiao, Tu, Chang dan Chen (2011) dan tingkah laku kreatif pengajaran guru oleh Zahrana (2016). Manakala kaedah kualitatif pula, 2 orang guru besar dan 6 orang dari dua buah sekolah telah ditemu bual.
Description
Keywords
Pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru Besar , Pengurusan Pengetahuan Terhadap Tingkah Laku Kreatif Dan Inovatif Pengajaran Guru Sekolah Kebangsaan
Citation