Masalah-masalah pelaksanaan program khas perumahan kos rendah : Kajian kes negeri Sarawak

dc.contributor.authorHj Abdul Rahim, Abdul Rahman
dc.date.accessioned2017-07-04T00:44:00Z
dc.date.available2017-07-04T00:44:00Z
dc.date.issued1989-03
dc.description.abstractPerumahan merupakan keperluan asas manusia yang agak sukar diperolehi berbanding dengan keperluan-keperluan asas yang lain iaitu makanan dan pakaian. Harganya yang tinggi menyukarkan untuk mencapainya, dan kadangkala mengambil sejumlah besar simpanan keluarga untuk memperolehinya. Keadaan sebegini telah mengakibatkan perumahan sering dikaitkan juga status seseorang dalam masyarakatnya. Lebih besar rumahnya, maka lebih tinggi harganya dan menunjukkan statusnya yang tinggi dalam masyarakat. Pelaburan modal dan harganya yang tinggi ini telah mengakibatkan banyak golongan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah tidak mampu memilikinya terutama. yang dibekalkan secara konvensional. Pembekalan p~rumahan secara konvensional ini dilakukan oleh pihak awam, swasta atae campuran keduanya dan yang mengikut piawaian yang telah diterima dan disediakan. Pembekalannya yang terhad dan juga harga yang tinggi terutama untuk golongan berpendapatan rendah telah menyebabkan pihak golongan berpendapatan rendah tidak mempunyai pilihan kecuali mendapat pembekalan secara bukan konvensional. Oleh yang demikian, objektif kajian ini ialah untuk meneliti tujuan dan sasaran Program Khas Perumahan Kos Rendah serta mengkaji masalah-masalah pelaksanaan dan membuat perakuan ~lternatif jika perlu. Hipotesis untuk kajian ini ialah pelaksanaan Program .Khas Perumahan Kos Rendah tida~ be'rjalan dengan lancar kerana tiada kawasah terhadap pemaju serta proses pembangunan, garis panduan dan piawaian yang ditetapkan dibawah program ini tidak diikuti oleh agensi berwajib di Sarawak. Pengumpulan data-data yang diperlukan untuk kajian ini ialah dengan menemubual pegawai-pegawai di agensi-agensi yang terlibat di dalam proses pembangunan dan daripada rekod-rekod buletin dan laporan tahunan agensiagensi berkenaan. Selain dari itu juga, latar belakang proses pembangunan di Sarawak juga akan dikaji untuk memudahkan masalah-masalah pelaksanaan program-program dikenalpasti. Tanggung jawab membekalkan perumahan kos rendah secarn konvensional sering diletakkan di tangan kerajaan dan agensi-agensinya untuk melaksanakannya. Peranan pihak swasta dalam pembekalan perumahan kos rendah adalah minimum. Pihak swasta yang' lebih menekankan keuntungan dalam pelaburan mereka lebih cenderung untuk membina ·rumah-rumah kos sederhana dan tinggi dari perumahan kos renda.h. Walaubagaimanapun Kerajaan Malaysia telah. memberi peranan kepada pihak swasta sebagai pelaksana program khas Perumahan Kos Rendah yang dilancarkan. Program Khas Perumahan Kos Rendah ini telah juga dilaksanakan di Sarawak. Walaupun demikian, sambutan pihak. swasta melaksanakan program ini di Sarawak adalah lembab. Proses mendapat kelulusan pel~ yang mengambil masa sekurangkurangnya tiga tahun adalah salah satu daripada sebabnya. Kelulusan pelan yang memakan masa yang panjang meningkatkan kos penahanan dan lain-lain kos yang secara langsung meningkatkan harga rumah.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4083
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPerumahanen_US
dc.titleMasalah-masalah pelaksanaan program khas perumahan kos rendah : Kajian kes negeri Sarawaken_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: