Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Penulisan Karangan Argumentatif
dc.contributor.author | Mokhtar, Marzni Mohamed | |
dc.date.accessioned | 2019-05-02T06:34:22Z | |
dc.date.available | 2019-05-02T06:34:22Z | |
dc.date.issued | 2018-05 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk meneliti penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) penulisan karangan argumentatif yang dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu di sekolah menengah. Dua orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di Tingkatan Empat telah dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di Selangor. Reka bentuk penyelidikan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini bagi menjawab tiga soalan kajian. Ketiga-tiga soalan kajian terdiri daripada (i) apakah pemahaman guru Bahasa Melayu di sekolah menengah terhadap penerapan KBAT dalam PdPc penulisan karangan argumentatif; (ii) bagaimanakah penerapan KBAT dalam PdPc penulisan karangan argumentatif dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu di sekolah menengah; dan (iii) apakah cabaran yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu di sekolah menengah dalam melaksanakan penerapan KBAT dalam PdPc penulisan karangan argumentatif. Bagi menjawab kesemua soalan-soalan ini, kajian ini telah menggunakan tiga teknik pengumpulan data iaitu temu bual secara mendalam, pemerhatian di dalam bilik darjah yang dirakamkan dan penganalisisan dokumen iaitu karangan argumentatif murid. Penggunaan analisis tematik kualitatif dalam kajian ini adalah bertujuan untuk menyaring kod, membentuk kriteria dan akhirnya membina tema yang relevan untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian bagi soalan pertama menunjukkan terdapat tiga tema yang dibina iaitu (i) pembinaan konsep kemahiran menulis karangan argumentatif; (ii) pembinaan konsep KBAT; dan (iii) inisiatif penerapan KBAT dalam PdPc. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/8129 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi | en_US |
dc.subject | pemudahcaraan penulisan Karangan argumentatif | en_US |
dc.title | Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Penulisan Karangan Argumentatif | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: