Amalan pedagogi guru prasekolah permulaan

dc.contributor.authorAbdul Halim Masnan
dc.date.accessioned2020-12-07T03:16:58Z
dc.date.available2020-12-07T03:16:58Z
dc.date.issued2014
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pedagogi Guru Prasekolah Permulaan (GPP). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pedagogi GPP berdasarkan pengetahuan persediaan pengajaran dan kemahiran pelaksanaan pengajaran serta membina desk.ripsi amalan pedagogi. Kajian ini merupakan satu kajian kes dengan melibatkan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap empat orang GPP. Pemerhatian bagi setiap GPP adalah melibatkan pelaksanaan aktiviti pengajaran, iaitu sebanyak tiga kali melalui catatan pemerhatian dan rakaman video. Pengkaji juga melaksanakan kaedah temu bual dan rakaman audio bagi mengenal pasti pandangan GPP berkenaan pengetahuan persediaan pengajaran dan kemahiran pelaksanaan pengajaran. Analisis dokumen pula melibatkan persediaan rancangan pengajaran harian (RPH). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek pengetahuan persediaan pengajaran yang dikenal pasti, iaitu i) hasil pembelajaran (isi kandungan dan amalan bersesuaian perkembangan), ii) persediaan alat bantu mengajar (faktor pemilihan dan pengurusan persediaan) dan iii) persediaan RPH (panduan KSPK dan perkembangan murid).en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/10749
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectAmalan pedagogi guruen_US
dc.subjectpedagogi guru prasekolahen_US
dc.titleAmalan pedagogi guru prasekolah permulaanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: