Pembangunan Jenama Perusahaan Kecil Dan Sederhana Dalam Syarikat Berorientasikan Jenama Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-07
Authors
Mijan, Rohana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
PKS sering mengaitkan pembangunan jenama dengan penggunaan sumber ketara dan ukuran kewangan. Persepsi yang terhad ini ekoran kurangnya model pembangunan jenama yang sesuai dengan kemampuan PKS untuk dirujuk. Justeru ia melibatkan sumber kewangan yang tinggi, strategi yang terhad dan ukuran yang tidak mencerminkan kemampuan sebenar sumber yang dibangunkan. Ini berbeza dengan PKS berorientasikan jenama yang menjadikan sumber jenama sebagai asas dalam membangunkan jenama. Oleh itu, kajian ini menerokai penggunaan sumber dalam PKS berorientasikan jenama, pembentukan strategi pembangunan jenama dan keberkesanannya terhadap prestasi jenama. Sebanyak 10 PKS berorientasikan jenama di Malaysia dipilih. Kaedah temubual secara mendalam dijalankan terhadap wakil syarikat dan analisis tema digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan, walaupun tidak semua sumber strategik jenama dibangunkan dalam setiap syarikat tetapi mereka ada membangunkan kedua-dua kategori sumber. Inovasi jenama dan modal sosial merupakan sumber strategik jenama yang baharu. Pembentukan strategi pembangunan jenama pula adalah berasaskan pendekatan inside-out. Ukuran yang dinilai juga adalah lebih menyeluruh kepada kemampuan syarikat membeli aset dan pengiktirafan jenama daripada pemegang taruh. Kajian ini menyumbangkan kepada penciptaan model pembangunan jenama yang spesifik dengan kemampuan PKS, mengembangkan ilmu Teori Berasaskan Sumber dan dapatannya boleh dimanfaatkan oleh penggubal polisi dan pengamal industri.
Description
Keywords
Pembangunan jenama perusahaan kecil , syarikat berorientasikan jenama di Malaysia
Citation