Pembangunan Jenama Perusahaan Kecil Dan Sederhana Dalam Syarikat Berorientasikan Jenama Di Malaysia

dc.contributor.authorMijan, Rohana
dc.date.accessioned2019-08-20T02:40:07Z
dc.date.available2019-08-20T02:40:07Z
dc.date.issued2017-07
dc.description.abstractPKS sering mengaitkan pembangunan jenama dengan penggunaan sumber ketara dan ukuran kewangan. Persepsi yang terhad ini ekoran kurangnya model pembangunan jenama yang sesuai dengan kemampuan PKS untuk dirujuk. Justeru ia melibatkan sumber kewangan yang tinggi, strategi yang terhad dan ukuran yang tidak mencerminkan kemampuan sebenar sumber yang dibangunkan. Ini berbeza dengan PKS berorientasikan jenama yang menjadikan sumber jenama sebagai asas dalam membangunkan jenama. Oleh itu, kajian ini menerokai penggunaan sumber dalam PKS berorientasikan jenama, pembentukan strategi pembangunan jenama dan keberkesanannya terhadap prestasi jenama. Sebanyak 10 PKS berorientasikan jenama di Malaysia dipilih. Kaedah temubual secara mendalam dijalankan terhadap wakil syarikat dan analisis tema digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan, walaupun tidak semua sumber strategik jenama dibangunkan dalam setiap syarikat tetapi mereka ada membangunkan kedua-dua kategori sumber. Inovasi jenama dan modal sosial merupakan sumber strategik jenama yang baharu. Pembentukan strategi pembangunan jenama pula adalah berasaskan pendekatan inside-out. Ukuran yang dinilai juga adalah lebih menyeluruh kepada kemampuan syarikat membeli aset dan pengiktirafan jenama daripada pemegang taruh. Kajian ini menyumbangkan kepada penciptaan model pembangunan jenama yang spesifik dengan kemampuan PKS, mengembangkan ilmu Teori Berasaskan Sumber dan dapatannya boleh dimanfaatkan oleh penggubal polisi dan pengamal industri.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8641
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPembangunan jenama perusahaan kecilen_US
dc.subjectsyarikat berorientasikan jenama di Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan Jenama Perusahaan Kecil Dan Sederhana Dalam Syarikat Berorientasikan Jenama Di Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: