Pemerkasaan Potensi Teungku Dayah Ke Arah Peningkatan Kesejahteraan Sosial Masyarakat: Kajian Kes Di Dayah Ulee Titi Aceh Besar, Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-03
Authors
., Sabirin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Teungku Dayah (ulama tempatan) dan masyarakat Aceh kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dan saling menyokong dalam menjayakan peradaban pada masa lampau. Pemerkasaan potensi komuniti dayah menjadi sebahagian penting bagi peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk (1) mengenal pasti profil terkini Teungku Dayah hasil keluaran Dayah Ulee Titi; (2) menganalisis potensi Teungku Dayah Dayah Ulee Titi yang dapat diperkasakan atau ditingkatkan bagi kesejahteraan sosial masyarakat; dan (3) menganalisis corak strategi pemerkasaan atau penguatan kapasiti Teungku Dayah Dayah Ulee Titi berasaskan potensi yang mereka miliki. Kajian kualitatif berfokuskan kajian kes ini telah melibatkan pengumpulan data secara pemerhatian ikut serta, temu bual mendalam dan kajian dokumentasi. Temu bual mendalam melibatkan dua belas orang (12) informan berasaskan kepada kaedah persampelan bertujuan dalam penentuan informannya. Hasil kajian mendapati sebilangan kecil alumni dayah masih meneruskan tradisi membina dayah atau balai pengajian, sementara sebahagian besar pula bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan mengikut situasi dan peluang yang ada dalam masyarakat. Terdapat pelbagai potensi yang boleh diperkasakan secara dalaman dan luaran. Potensi dalaman melibatkan pelajar pondok yang ramai, guru senior dengan keikhlasan dan kemahuan yang tinggi berkhidmat untuk dayah, dan juga tokoh Abu Athaillah sebagai ulama berkarisma. Potensi luaran pula melibatkan modal sosial berupa kepercayaan masyarakat yang tinggi terhadap Dayah Ulee Titi, sokongan pihak kerajaan atau pihak swasta dalam pembinaan dayah dan pelbagai aktiviti dayah, meskipun pemanfaatannya belum secara maksima.
Description
Keywords
Pemerkasaan potensi Teungku Dayah ke arah , peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat
Citation