Pemerkasaan Potensi Teungku Dayah Ke Arah Peningkatan Kesejahteraan Sosial Masyarakat: Kajian Kes Di Dayah Ulee Titi Aceh Besar, Indonesia

dc.contributor.author., Sabirin
dc.date.accessioned2019-01-28T08:33:52Z
dc.date.available2019-01-28T08:33:52Z
dc.date.issued2018-03
dc.description.abstractTeungku Dayah (ulama tempatan) dan masyarakat Aceh kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dan saling menyokong dalam menjayakan peradaban pada masa lampau. Pemerkasaan potensi komuniti dayah menjadi sebahagian penting bagi peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk (1) mengenal pasti profil terkini Teungku Dayah hasil keluaran Dayah Ulee Titi; (2) menganalisis potensi Teungku Dayah Dayah Ulee Titi yang dapat diperkasakan atau ditingkatkan bagi kesejahteraan sosial masyarakat; dan (3) menganalisis corak strategi pemerkasaan atau penguatan kapasiti Teungku Dayah Dayah Ulee Titi berasaskan potensi yang mereka miliki. Kajian kualitatif berfokuskan kajian kes ini telah melibatkan pengumpulan data secara pemerhatian ikut serta, temu bual mendalam dan kajian dokumentasi. Temu bual mendalam melibatkan dua belas orang (12) informan berasaskan kepada kaedah persampelan bertujuan dalam penentuan informannya. Hasil kajian mendapati sebilangan kecil alumni dayah masih meneruskan tradisi membina dayah atau balai pengajian, sementara sebahagian besar pula bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan mengikut situasi dan peluang yang ada dalam masyarakat. Terdapat pelbagai potensi yang boleh diperkasakan secara dalaman dan luaran. Potensi dalaman melibatkan pelajar pondok yang ramai, guru senior dengan keikhlasan dan kemahuan yang tinggi berkhidmat untuk dayah, dan juga tokoh Abu Athaillah sebagai ulama berkarisma. Potensi luaran pula melibatkan modal sosial berupa kepercayaan masyarakat yang tinggi terhadap Dayah Ulee Titi, sokongan pihak kerajaan atau pihak swasta dalam pembinaan dayah dan pelbagai aktiviti dayah, meskipun pemanfaatannya belum secara maksima.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7683
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPemerkasaan potensi Teungku Dayah ke arahen_US
dc.subjectpeningkatan kesejahteraan sosial masyarakaten_US
dc.titlePemerkasaan Potensi Teungku Dayah Ke Arah Peningkatan Kesejahteraan Sosial Masyarakat: Kajian Kes Di Dayah Ulee Titi Aceh Besar, Indonesiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: