Persepsi Masyarakat Terhadap Ruang Terbuka Awam Dan Kualiti Hidup Di Medan, Indonesia
Loading...
Date
2013-07
Authors
Nasution, Achmad Delianur
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Satu daripada permasalahan utama bandar-bandar dunia adalah berkurangnya
kuantiti dan kualiti ruang terbuka awam di pusat bandar, hal ini menimbulkan kesan
terhadap kualiti hidup, terutama kualiti hidup fizikal. Penyelidikan ini
mengenalpasti persepsi 384 responden yang beraktiviti di empat ruang terbuka awam
di pusat bandar Medan, Indonesia. Dengan menggunakan skala Likert 1-5,
responden diminta untuk memberikan nilai tingkat kepuasan terhadap faktor-faktor
ruang terbuka awam dan kualiti hidup fizikal. Analisis statistik deskriptif digunakan
untuk mengenal pasti tingkat penggunaan ruang terbuka awam dan kecenderungan
persepsi masyarakat terhadap ruang terbuka awam. Ujian kecenderungan memusat
digunakan untuk melihat tingkat kepuasan masyarakat terhadap ruang terbuka awam
dan kualiti hidup fizikal. Sementara itu, analisis faktor digunakan untuk menemukan
faktor dominan yang mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap ruang terbuka
awam dan kualiti hidup fizikal. Ujian korelasi Spearman digunakan untuk
mengenalpasti hubungan antara ruang terbuka awam dengan kualiti hidup fizikal.
Penyelidikan ini menemukan bahawa ruang terbuka awam di bandar Medan
memiliki tingkat penggunaan yang tinggi. Ruang terbuka awam belum sepenuhnya
memenuhi jangkaan masyarakat, tetapi masyarakat tetap datang menggunakan ruang
terbuka awam. Hasil penyelidikan juga menemukan bahawa faktor yang paling
signifikan yang menentukan persepsi masyarakat terhadap ruang terbuka awam
adalah faktor fungsi/aktifiti, dan terhadap kualiti hidup fizikal adalah faktor
kesihatan. Penyelidikan ini menemukan bahawa ruang terbuka awam secara
signifikan mempunyai hubungan dengan kualiti hidup fizikal.
Description
Keywords
Ruang Terbuka Awam , Kualiti Hidup