Persepsi Masyarakat Terhadap Ruang Terbuka Awam Dan Kualiti Hidup Di Medan, Indonesia

dc.contributor.authorNasution, Achmad Delianur
dc.date.accessioned2019-04-16T07:24:44Z
dc.date.available2019-04-16T07:24:44Z
dc.date.issued2013-07
dc.description.abstractSatu daripada permasalahan utama bandar-bandar dunia adalah berkurangnya kuantiti dan kualiti ruang terbuka awam di pusat bandar, hal ini menimbulkan kesan terhadap kualiti hidup, terutama kualiti hidup fizikal. Penyelidikan ini mengenalpasti persepsi 384 responden yang beraktiviti di empat ruang terbuka awam di pusat bandar Medan, Indonesia. Dengan menggunakan skala Likert 1-5, responden diminta untuk memberikan nilai tingkat kepuasan terhadap faktor-faktor ruang terbuka awam dan kualiti hidup fizikal. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mengenal pasti tingkat penggunaan ruang terbuka awam dan kecenderungan persepsi masyarakat terhadap ruang terbuka awam. Ujian kecenderungan memusat digunakan untuk melihat tingkat kepuasan masyarakat terhadap ruang terbuka awam dan kualiti hidup fizikal. Sementara itu, analisis faktor digunakan untuk menemukan faktor dominan yang mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap ruang terbuka awam dan kualiti hidup fizikal. Ujian korelasi Spearman digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara ruang terbuka awam dengan kualiti hidup fizikal. Penyelidikan ini menemukan bahawa ruang terbuka awam di bandar Medan memiliki tingkat penggunaan yang tinggi. Ruang terbuka awam belum sepenuhnya memenuhi jangkaan masyarakat, tetapi masyarakat tetap datang menggunakan ruang terbuka awam. Hasil penyelidikan juga menemukan bahawa faktor yang paling signifikan yang menentukan persepsi masyarakat terhadap ruang terbuka awam adalah faktor fungsi/aktifiti, dan terhadap kualiti hidup fizikal adalah faktor kesihatan. Penyelidikan ini menemukan bahawa ruang terbuka awam secara signifikan mempunyai hubungan dengan kualiti hidup fizikal.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8012
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectRuang Terbuka Awamen_US
dc.subjectKualiti Hidupen_US
dc.titlePersepsi Masyarakat Terhadap Ruang Terbuka Awam Dan Kualiti Hidup Di Medan, Indonesiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: