Jenayah Perdagangan : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Penjenayah
Loading...
Date
1997-11
Authors
Bee Phang, Lee
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Objektif utama penyelidikan ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi keputusan penjenayah dalam melakukan jenayah
perdagangan besar. Kajian ini juga berusaha menilai pencegahan sistem
hukuman ke atas penjenayah kolar putih.
Kajian ini telah memilih satu sam pel yang terdiri daripada 92 orang
penjenayah kolar putih yang telah disabit salah dan dijatuhkan hukuman oleh
mahkamah.
Kita menggunakanmodel teoretikal yang mengenal pasti 3 faktor
penting yang mempengaruhi tingkah laku penjenayah melakukan jenayah
perdagangan besar. Faktor-faktor tersebut termasuk. (i) faedah bersih
jangkaan, (ii) kebarangkalian ditangkap dan dihukum dan (iii) sikap terhadap
risiko, yang pula bergantung kepada faktor-faktor sosio-ekonomi dan
demografi yang berkaitan dengan penjenayah.
Penemuan-penemuan empirik menunjukkan bahawa kebarangkalian
melakukan jenayah perdagangan besar adalah lebih tinggi apabila penjenayah
itu adalah seorang lelaki, berbangsa bukan India/lain-Iain, yang berada dalam
lingkungan usia 40 tahun atau lebih serta mempunyai kelayakan ijazah atau
diploma.
Hasil-hasil empirik juga mencadangkan bahawa sistem hukuman adalah
berbentuk regresif. Ini bermakna hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal
dengan kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah. Jumlah perolehan jenayah
perdagangan (wang) yang diperdayakan, khususnya, tidak mempunyai
pengaruh penting dalam menentukan ketegasan hukuman denda dan penjara
yang dikenakan ke atas penjenayah.
Description
Keywords
Trade Crimes , Criminal Behavior