Jenayah Perdagangan : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Penjenayah
dc.contributor.author | Bee Phang, Lee | |
dc.date.accessioned | 2018-12-27T08:51:23Z | |
dc.date.available | 2018-12-27T08:51:23Z | |
dc.date.issued | 1997-11 | |
dc.description.abstract | Objektif utama penyelidikan ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan penjenayah dalam melakukan jenayah perdagangan besar. Kajian ini juga berusaha menilai pencegahan sistem hukuman ke atas penjenayah kolar putih. Kajian ini telah memilih satu sam pel yang terdiri daripada 92 orang penjenayah kolar putih yang telah disabit salah dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Kita menggunakanmodel teoretikal yang mengenal pasti 3 faktor penting yang mempengaruhi tingkah laku penjenayah melakukan jenayah perdagangan besar. Faktor-faktor tersebut termasuk. (i) faedah bersih jangkaan, (ii) kebarangkalian ditangkap dan dihukum dan (iii) sikap terhadap risiko, yang pula bergantung kepada faktor-faktor sosio-ekonomi dan demografi yang berkaitan dengan penjenayah. Penemuan-penemuan empirik menunjukkan bahawa kebarangkalian melakukan jenayah perdagangan besar adalah lebih tinggi apabila penjenayah itu adalah seorang lelaki, berbangsa bukan India/lain-Iain, yang berada dalam lingkungan usia 40 tahun atau lebih serta mempunyai kelayakan ijazah atau diploma. Hasil-hasil empirik juga mencadangkan bahawa sistem hukuman adalah berbentuk regresif. Ini bermakna hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah. Jumlah perolehan jenayah perdagangan (wang) yang diperdayakan, khususnya, tidak mempunyai pengaruh penting dalam menentukan ketegasan hukuman denda dan penjara yang dikenakan ke atas penjenayah. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/7408 | |
dc.subject | Trade Crimes | en_US |
dc.subject | Criminal Behavior | en_US |
dc.title | Jenayah Perdagangan : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Penjenayah | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: