Aplikasi model kitar hayat terhadap Langkawi sebagai destinasi pelancongan
Loading...
Date
2000-03
Authors
Nikmatul Adha Nordin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Langkawi yang dikurnil:lkan keindahan alam semulajadi mempunyai potensi yang amat
besar dalam bidang pelancongan. Keistimewaan rupa fizikal yang terdapat di Langkawi
ini telah menjadikan ia sebuah destinasi yang diharapkan dapat membawa negara ke mata
dunia dalam bidang pelancongan. Justeru, pembangunan Langkawi dalam bidang
pelancongan telah mendapat sokongan, galakan dan insentif yang istimewa daripada
kerajaan. Hasrat kerajaan adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi
pelancongan terunggul di rantau ini setaraf dengan Bali dan Phuket.
Berdasarkan kepada model kitar hayat yang menerangkan tentang evolusi destinasi
pelancongan, sesebuah destinasi pelancongan akan menerima ancaman untuk merosot
sekiranya ia dibangunkan pada skala yang besar. Kemerosotan sesebuah destinasi
pelancongan itu wujud akibat daripada perancangan pelancongan yang bersifat jangka
pendek dan tidak mengambil kira implikasi pada masa hadapan. Kemerosotan sesebuah
destinasi pelancongan mempunyai kaitan rapat dengan corak penerimaan masyarakat.
Sesebuah destinasi pelancongan dipercayai akan dapat memanjangkan tempoh hayatnya
sekiranya aktiviti pelancongan di destinasi terbabit menerima sambutan yang baik dari
penduduk dan begitu juga sebaliknya.
Kepesatan pembangunan Langkawi dikhuatiri akan 'makan dirinya sendiri' bagi jangka
masa yang lama. Impak negatif yang sering dikaitkan dengan pelancongan telah mula
dirasai di Langkawi. Perasaan tidak selesa dan rimas telah mula dirasai bukan sahaja
oleh penduduk tempatan, malahan juga pelancong. Impak yang mula dirasai ini
dipercayai menandakan bahawa Langkawi telah pun mencapai tahap keupayaan
menampungnya di dalam menangani pelancong.
Oleh yang demikian, kajian ini direkabentuk khusus untuk memnJau kedudukan
Langkawi di dalam model kitar hayat destinasi pelancongan. Hasil daripada kajian
diharapkan dapat membantu kalangan awam untuk memahami senario sebenar yang
melanda Langkawi di sebalik kegemilangan namanya itu. Kajian ini juga dijangkakan.
akan dapat membantu pihak berkuasa pelancongan untuk meramal hala tuju
pembangunan Langkawi pada masa hadapan dan seterusnya merangka strategi yang
waJar.
Description
Keywords
Keistimewaan rupa fizikal yang terdapat di Langkawi ini telah menjadikan ia sebuah destinasi , yang diharapkan dapat membawa negara ke mata dunia dalam bidang pelancongan.