Aplikasi model kitar hayat terhadap Langkawi sebagai destinasi pelancongan
dc.contributor.author | Nikmatul Adha Nordin | |
dc.date.accessioned | 2016-11-11T01:31:21Z | |
dc.date.available | 2016-11-11T01:31:21Z | |
dc.date.issued | 2000-03 | |
dc.description.abstract | Langkawi yang dikurnil:lkan keindahan alam semulajadi mempunyai potensi yang amat besar dalam bidang pelancongan. Keistimewaan rupa fizikal yang terdapat di Langkawi ini telah menjadikan ia sebuah destinasi yang diharapkan dapat membawa negara ke mata dunia dalam bidang pelancongan. Justeru, pembangunan Langkawi dalam bidang pelancongan telah mendapat sokongan, galakan dan insentif yang istimewa daripada kerajaan. Hasrat kerajaan adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau ini setaraf dengan Bali dan Phuket. Berdasarkan kepada model kitar hayat yang menerangkan tentang evolusi destinasi pelancongan, sesebuah destinasi pelancongan akan menerima ancaman untuk merosot sekiranya ia dibangunkan pada skala yang besar. Kemerosotan sesebuah destinasi pelancongan itu wujud akibat daripada perancangan pelancongan yang bersifat jangka pendek dan tidak mengambil kira implikasi pada masa hadapan. Kemerosotan sesebuah destinasi pelancongan mempunyai kaitan rapat dengan corak penerimaan masyarakat. Sesebuah destinasi pelancongan dipercayai akan dapat memanjangkan tempoh hayatnya sekiranya aktiviti pelancongan di destinasi terbabit menerima sambutan yang baik dari penduduk dan begitu juga sebaliknya. Kepesatan pembangunan Langkawi dikhuatiri akan 'makan dirinya sendiri' bagi jangka masa yang lama. Impak negatif yang sering dikaitkan dengan pelancongan telah mula dirasai di Langkawi. Perasaan tidak selesa dan rimas telah mula dirasai bukan sahaja oleh penduduk tempatan, malahan juga pelancong. Impak yang mula dirasai ini dipercayai menandakan bahawa Langkawi telah pun mencapai tahap keupayaan menampungnya di dalam menangani pelancong. Oleh yang demikian, kajian ini direkabentuk khusus untuk memnJau kedudukan Langkawi di dalam model kitar hayat destinasi pelancongan. Hasil daripada kajian diharapkan dapat membantu kalangan awam untuk memahami senario sebenar yang melanda Langkawi di sebalik kegemilangan namanya itu. Kajian ini juga dijangkakan. akan dapat membantu pihak berkuasa pelancongan untuk meramal hala tuju pembangunan Langkawi pada masa hadapan dan seterusnya merangka strategi yang waJar. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/3052 | |
dc.subject | Keistimewaan rupa fizikal yang terdapat di Langkawi ini telah menjadikan ia sebuah destinasi | en_US |
dc.subject | yang diharapkan dapat membawa negara ke mata dunia dalam bidang pelancongan. | en_US |
dc.title | Aplikasi model kitar hayat terhadap Langkawi sebagai destinasi pelancongan | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: