Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (Gis) Dan Rangkaian Saraf Buatan (Ann) Bagi Pemodelan Indeks Kualiti Air Sungai: Kahan Kes Di Lembangan Sungai Pinang, Pulau Pinang
Loading...
Date
2003-06
Authors
Ismail, Kamarul
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Air sungai adalah elemen alam semulajadi yang sangat sensitif terhadap perubahan
sekelilingnya.Membuat penilaian kualiti air adalah an tara langkah-Iangkah pengawalan
yang diambil untuk memastikan kualiti air sungai terpelihara. Malaysia menggunakan
Pengkelasan Interim Standard Kualiti Air (INWQS) yang berasaskan kepada kriteria
kualiti air dan kegunaan khusus. INWQS membahagikan kelas kualiti air kepada en am
kategori yang ditandakan dengan nilai i, iia, iib, iii, iv dan v. Nilai i menunjukkan keadaan
kualiti air yang sangat baik manakala nilai v pula menunjukkan kualiti air sungai yang
sangat teruk tercemar. Namun begitu, adalah mustahil untuk menentukan kesemua indeks
kualiti air sungai di negara ini. Pada tahun 1997 hanya 30 lembangan sungai di
semenanjung Malaysia disediakan stesen pemantauan. Manakala di Sabah dan Sarawak
pula hanya 42 lembangan sungai yang dipantau. Ini kerana kerja-kerja mengukur dan
mengutip data kualiti air di lapangan melibatkan masa, tenaga dan kos yang sangat tinggi.
Penggunaan alat bantu berkomputer untuk menganalisis dan memodelkan data-data sedia
ada mampu untuk mengatasi masalah ini. Meramalkan indeks kualiti air dalam satu
kawasan tadahan dengan menggunakan model-model berkomputer mampu memberikan
hasil yang memuaskan. Namun begitu, tidak semua model-model ini dapat digunakan
apabila berhadapan dengan masalah kekurangan data dan pengurusan pangkalan data yang
tidak sistematik. Salah satu daripada model komputer yang mampu menangani masalah ini
ialah model rangkaian saraf buatan (ANN). ANN merupakan model matematik yang
diinspirasikan daripada keupayaan otak semulajadi. Model ini berupaya untuk belajar serta
membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan melalui proses latihan. Model ini akan
digunakan untuk membuat ramalan kualiti air sungai dengan menggu,nakan en am
parameter kualiti air iaitu DO, pH, BOD, COD, SS dan AN. Model ini juga akan
diintegrasikan dengan teknologi GIS melalui kaedah integrasi luaran. Pengintegrasian ini
hanya melibatkan perpindahan data diantara model ANN dengan GIS. Pangkalan data
gunatanah dan kualiti air yang dibangunkan dalam perisian GIS akan digunakan sebagai
input untuk analisis dan pemodelan dalam ANN.
Description
Keywords
Air sungai adalah elemen alam semulajadi , yang sangat sensitif terhadap perubahan sekelilingnya