Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (Gis) Dan Rangkaian Saraf Buatan (Ann) Bagi Pemodelan Indeks Kualiti Air Sungai: Kahan Kes Di Lembangan Sungai Pinang, Pulau Pinang

dc.contributor.authorIsmail, Kamarul
dc.date.accessioned2016-10-27T02:14:38Z
dc.date.available2016-10-27T02:14:38Z
dc.date.issued2003-06
dc.description.abstractAir sungai adalah elemen alam semulajadi yang sangat sensitif terhadap perubahan sekelilingnya.Membuat penilaian kualiti air adalah an tara langkah-Iangkah pengawalan yang diambil untuk memastikan kualiti air sungai terpelihara. Malaysia menggunakan Pengkelasan Interim Standard Kualiti Air (INWQS) yang berasaskan kepada kriteria kualiti air dan kegunaan khusus. INWQS membahagikan kelas kualiti air kepada en am kategori yang ditandakan dengan nilai i, iia, iib, iii, iv dan v. Nilai i menunjukkan keadaan kualiti air yang sangat baik manakala nilai v pula menunjukkan kualiti air sungai yang sangat teruk tercemar. Namun begitu, adalah mustahil untuk menentukan kesemua indeks kualiti air sungai di negara ini. Pada tahun 1997 hanya 30 lembangan sungai di semenanjung Malaysia disediakan stesen pemantauan. Manakala di Sabah dan Sarawak pula hanya 42 lembangan sungai yang dipantau. Ini kerana kerja-kerja mengukur dan mengutip data kualiti air di lapangan melibatkan masa, tenaga dan kos yang sangat tinggi. Penggunaan alat bantu berkomputer untuk menganalisis dan memodelkan data-data sedia ada mampu untuk mengatasi masalah ini. Meramalkan indeks kualiti air dalam satu kawasan tadahan dengan menggunakan model-model berkomputer mampu memberikan hasil yang memuaskan. Namun begitu, tidak semua model-model ini dapat digunakan apabila berhadapan dengan masalah kekurangan data dan pengurusan pangkalan data yang tidak sistematik. Salah satu daripada model komputer yang mampu menangani masalah ini ialah model rangkaian saraf buatan (ANN). ANN merupakan model matematik yang diinspirasikan daripada keupayaan otak semulajadi. Model ini berupaya untuk belajar serta membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan melalui proses latihan. Model ini akan digunakan untuk membuat ramalan kualiti air sungai dengan menggu,nakan en am parameter kualiti air iaitu DO, pH, BOD, COD, SS dan AN. Model ini juga akan diintegrasikan dengan teknologi GIS melalui kaedah integrasi luaran. Pengintegrasian ini hanya melibatkan perpindahan data diantara model ANN dengan GIS. Pangkalan data gunatanah dan kualiti air yang dibangunkan dalam perisian GIS akan digunakan sebagai input untuk analisis dan pemodelan dalam ANN.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2892
dc.subjectAir sungai adalah elemen alam semulajadien_US
dc.subjectyang sangat sensitif terhadap perubahan sekelilingnyaen_US
dc.titleAplikasi Sistem Maklumat Geografi (Gis) Dan Rangkaian Saraf Buatan (Ann) Bagi Pemodelan Indeks Kualiti Air Sungai: Kahan Kes Di Lembangan Sungai Pinang, Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: