Amalan Pemilihan Dan Penggunaan Contoh Guru Matematik Sekolah Rendah: Kajian Kes

Loading...
Thumbnail Image
Date
2014-10
Authors
Suffian, Harizon
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji amalan pemilihan dan penggunaan contoh guru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Fokus kajian ialah terhadap pemilihan dan penggunaan contoh, kaitan antara contoh yang digunakan dengan pemilihan soalan ujian akhir topik dan perbandingan pemilihan dan penggunaan contoh oleh guru berpengalaman dan guru kurang berpengalaman. Asas pemilihan contoh berfokus kepada aspek sumber contoh dan pertimbangan guru dalam memilih contoh matematik manakala fokus penggunaan contoh ialah kepada aspek isi kandungan matematik dan amalan pedagogi guru menerusi kaedah dan strategi penggunaan contoh serta pola penggunaan contoh. Bentuk soalan ujian sama ada ‘sama’, ‘mirip’ atau ‘berbeza’ dengan contoh yang digunakan dikaji bagi melihat kaitan pemilihan soalan ujian akhir topik dengan contoh yang digunakan.
Description
Keywords
Amalan Pemilihan Dan Penggunaan Contoh Guru Matematik Sekolah Rendah , : Kajian Kes
Citation