Penilaian Prestasi Sistem Penderia Rasa Elektronik Berasaskan Rangkaian Neural
Loading...
Date
2002-08
Authors
Zuraini Dahari
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Aplikasi sistem penderia rasa elektronik dalam bidang pengawalan kualiti makanan dan
minuman telah digunakan dengan meluas di luar negara seperti Eropah, Amerika
Syarikat dan Jepun. Walau bagaimanapun, ia masih kurang diterokai dan kurang
digunakan di Malaysia. Dalam kajian ini, peranan sistem deria rasa elektronik
ditampilkan dalam aspek menilai prestasi sistem penderia rasa elektronik yang
berasaskan rangkaian neural. Dua jenis penderia rasa digunakan dalam kajian iaitu
penderia rasa komersial, Chalcogenide dan penderia rasa global, strip pakai buang
digunakan. Penilaian prestasi sistem diturnpukan kepada dua jenis pengkelasan iaitu
pengkelasan kualitatif dan kuantitatif. Dua jenis pengkelasan kualitatif yang ditampilkan
ialah pengkelasan jenis air dan pengkelasan data herba. Pengkelasan jenis air bertujuan
untuk mengkategorikan air kepada air mineral atau air minuman. Pengkelasan da~
herba pula mengenalpasti kewujudan herba tertentu dalam larutan sampel yang diuji.
Pengkelasan berperingkat kualitatif dan kuantitatif turut diaplikasikan ke atas
pengkelasan data herba. Proses pengkelasan dilaksanakan dengan menggunakan
r."lgkaian neural. Analisis pengoptimuman saiz rangkaian neural dilaksanakan bagi
memperolehi struktur optimum yang menghasilkan keputusan pengkelasan yang baik.
Selain itu, pra pemprosesan data iaitu proses penormalan data dan Analisis Komponen
Utama (Principal Component Analysis, PCA) turut dilakukan bagi tujuan perbandingan
keputusan pengkelasan yang diperolehi. Berdasarkan keputusan, didapati pengkelasan
kualitatif air dan larutan herba "berjaya mencapai prestasi maksimum, iaitu 100%.
Manakala bagi pengkelasan herba secara berperingkat pula, 97% data berjaya
dikelaskan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa melalui rekabentuk rangk .... ian neural
yang teliti serta pemilihan jenis data yang betul, prestasi sistem penderia rasa elektronik
berasaskan rangkaian neural adalah amat cemerlang. Secara tidak langsung, ini
membuktikan bahawa ia berpotensi untuk diketer..gahkan dalam aspek kawalan mutu
khususnya terhadap penilaian mutu herba.
Description
Keywords
Peranan sistem deria rasa elektronik ditampilkan dalam aspek menilai prestasi , sistem penderia rasa elektronik yang berasaskan rangkaian neural.