Penilaian Prestasi Sistem Penderia Rasa Elektronik Berasaskan Rangkaian Neural
dc.contributor.author | Zuraini Dahari | |
dc.date.accessioned | 2016-11-24T02:29:15Z | |
dc.date.available | 2016-11-24T02:29:15Z | |
dc.date.issued | 2002-08 | |
dc.description.abstract | Aplikasi sistem penderia rasa elektronik dalam bidang pengawalan kualiti makanan dan minuman telah digunakan dengan meluas di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun. Walau bagaimanapun, ia masih kurang diterokai dan kurang digunakan di Malaysia. Dalam kajian ini, peranan sistem deria rasa elektronik ditampilkan dalam aspek menilai prestasi sistem penderia rasa elektronik yang berasaskan rangkaian neural. Dua jenis penderia rasa digunakan dalam kajian iaitu penderia rasa komersial, Chalcogenide dan penderia rasa global, strip pakai buang digunakan. Penilaian prestasi sistem diturnpukan kepada dua jenis pengkelasan iaitu pengkelasan kualitatif dan kuantitatif. Dua jenis pengkelasan kualitatif yang ditampilkan ialah pengkelasan jenis air dan pengkelasan data herba. Pengkelasan jenis air bertujuan untuk mengkategorikan air kepada air mineral atau air minuman. Pengkelasan da~ herba pula mengenalpasti kewujudan herba tertentu dalam larutan sampel yang diuji. Pengkelasan berperingkat kualitatif dan kuantitatif turut diaplikasikan ke atas pengkelasan data herba. Proses pengkelasan dilaksanakan dengan menggunakan r."lgkaian neural. Analisis pengoptimuman saiz rangkaian neural dilaksanakan bagi memperolehi struktur optimum yang menghasilkan keputusan pengkelasan yang baik. Selain itu, pra pemprosesan data iaitu proses penormalan data dan Analisis Komponen Utama (Principal Component Analysis, PCA) turut dilakukan bagi tujuan perbandingan keputusan pengkelasan yang diperolehi. Berdasarkan keputusan, didapati pengkelasan kualitatif air dan larutan herba "berjaya mencapai prestasi maksimum, iaitu 100%. Manakala bagi pengkelasan herba secara berperingkat pula, 97% data berjaya dikelaskan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa melalui rekabentuk rangk .... ian neural yang teliti serta pemilihan jenis data yang betul, prestasi sistem penderia rasa elektronik berasaskan rangkaian neural adalah amat cemerlang. Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa ia berpotensi untuk diketer..gahkan dalam aspek kawalan mutu khususnya terhadap penilaian mutu herba. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/3191 | |
dc.subject | Peranan sistem deria rasa elektronik ditampilkan dalam aspek menilai prestasi | en_US |
dc.subject | sistem penderia rasa elektronik yang berasaskan rangkaian neural. | en_US |
dc.title | Penilaian Prestasi Sistem Penderia Rasa Elektronik Berasaskan Rangkaian Neural | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: