Persepsi Penghuni Rumah Bandar Kos Sederhana Terhadap Keselesaan Dan Kepuasan Berasaskan Kepada Elemen Rekabentuk Lestari
Loading...
Date
2010-12
Authors
Ahmad, Syazwani
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau pembangunan perumahan yang dilaksanakan
di bandar bagi mengetahui masalah dan keupayaannya dalam memenuhi keselesaan
dan kepuasan sebenar penghuni berasaskan elemen rekabentuk lestari. Kajian
literatur telah mengenalpasti faktor-faktor keselesaan dan kepuasan penghuni
terhadap perumahan. Rumah Tradisional Melayu dijadikan perbandingan faktor bagi
kajian ini sebagai asas elemen rekabentuk lestari. Faktor-faktor keselesaan dan
kepuasan perumahan yang dikenalpasti adalah saiz ruang, jumlah ruang, susunatur
ruang, pengcahayaan, pengudaraan dan elemen rekabentuk rumah. Kaedah soal
selidik digunakan sebagai teknik utama untuk mendapatkan maklumat mengenai
tahap keselesaan dan kepuasan responden di tiga kawasan kajian iaitu Perumahan
Fasa 4B Precint 8 Putrajaya, Perumahan Mutiara Idaman Jelutong, Pulau Pinang dan
Perumahan Bandar Universiti Seri Iskandar, Perak. Hasil analisis membawa kepada
hasil penemuan masalah-masalah rekabentuk rumah moden dari pelbagai aspek iaitu
meliputi saiz ruang, penyediaan ruang utama yang terhad, susunatur ruang dalaman
rumah, pengcahayaan dan pengudaraan yang terhad, dan aspek rekabentuk yang
kurang efisyen. Oleh itu, cadangan penerapan elemen dan konsep rekabentuk rumah
tradisional Melayu yang berpotensi diusulkan meliputi konsep susunatur rumah,
ruang dalaman rumah, bentuk rumah, elemen peneduh, elemen bukaan dan ruang
terbuka, dan konsep binaan lantai yang sesuai.
Description
Keywords
Masalah dan keupayaannya dalam memenuhi keselesaan , dan kepuasan sebenar penghuni berasaskan elemen rekabentuk lestari