Persepsi Penghuni Rumah Bandar Kos Sederhana Terhadap Keselesaan Dan Kepuasan Berasaskan Kepada Elemen Rekabentuk Lestari
dc.contributor.author | Ahmad, Syazwani | |
dc.date.accessioned | 2018-07-05T02:17:28Z | |
dc.date.available | 2018-07-05T02:17:28Z | |
dc.date.issued | 2010-12 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan meninjau pembangunan perumahan yang dilaksanakan di bandar bagi mengetahui masalah dan keupayaannya dalam memenuhi keselesaan dan kepuasan sebenar penghuni berasaskan elemen rekabentuk lestari. Kajian literatur telah mengenalpasti faktor-faktor keselesaan dan kepuasan penghuni terhadap perumahan. Rumah Tradisional Melayu dijadikan perbandingan faktor bagi kajian ini sebagai asas elemen rekabentuk lestari. Faktor-faktor keselesaan dan kepuasan perumahan yang dikenalpasti adalah saiz ruang, jumlah ruang, susunatur ruang, pengcahayaan, pengudaraan dan elemen rekabentuk rumah. Kaedah soal selidik digunakan sebagai teknik utama untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap keselesaan dan kepuasan responden di tiga kawasan kajian iaitu Perumahan Fasa 4B Precint 8 Putrajaya, Perumahan Mutiara Idaman Jelutong, Pulau Pinang dan Perumahan Bandar Universiti Seri Iskandar, Perak. Hasil analisis membawa kepada hasil penemuan masalah-masalah rekabentuk rumah moden dari pelbagai aspek iaitu meliputi saiz ruang, penyediaan ruang utama yang terhad, susunatur ruang dalaman rumah, pengcahayaan dan pengudaraan yang terhad, dan aspek rekabentuk yang kurang efisyen. Oleh itu, cadangan penerapan elemen dan konsep rekabentuk rumah tradisional Melayu yang berpotensi diusulkan meliputi konsep susunatur rumah, ruang dalaman rumah, bentuk rumah, elemen peneduh, elemen bukaan dan ruang terbuka, dan konsep binaan lantai yang sesuai. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5869 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Masalah dan keupayaannya dalam memenuhi keselesaan | en_US |
dc.subject | dan kepuasan sebenar penghuni berasaskan elemen rekabentuk lestari | en_US |
dc.title | Persepsi Penghuni Rumah Bandar Kos Sederhana Terhadap Keselesaan Dan Kepuasan Berasaskan Kepada Elemen Rekabentuk Lestari | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: