Aplikasi Ergonomik Dalam Sistem Kerja Untuk Kesejahteraan Motivasi Pekerja Menggunakan Terminal Paparan Visual
Loading...
Date
2007-09
Authors
Shaliza, Shaliza Azreen
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Menurut International Labour Organization (ILO), ergonomik ialah sains biologi
manusia berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitaran
kerjanya. Oengan wujudnya hubungan ini, kesejahteraan motivasi pekerja dapat
dicapai berdasarkan kepada peningkatan kepuasan kerja, motivasi atau semangat
bekerja dan pengurangan tahap tekanan atau gangguan emosi. Oleh itu, kajian ini
mengkaji samada aplikasi prinsip ergonomik dalam sistem kerja dapat memberi kesan
yang positif kepada kesejahteraan motivasi pekerja yang menggunakan terminal
paparan visual (VOT) di industri pembuatan. Kaedah pertama iaitu bancian dijalankan
untuk mengenalpasti tahap kesedaran ergonomik, tahap pelaksanaan program
ergonomik dan peratusan penubuhan pasukan ergonomik di industri pembuatan.
Manakala kaedah kedua iaitu kajian kes dijalankan di dua buah organisasi yang
berbeza skor tahap kesedaran ergonomik. la dilakukan dengan menggunakan kaedah
pemerhatian dan pengedaran borang soal selidik. Keputusan bancian menunjukkan
bahawa tahap kesedaran ergonomik di industri pembuatan Malaysia berada di tahap
sederhana. Kekurangan informasi, pengetahuan dan latihan mengenai ergonomik
serta tiada tekanan untuk melaksanakan program ergonomik merupakan dua faktor
tertinggi yang menghalang sesebuah organisasi mengimplementasikan programprogram
ergonomik. Semen tara itu, tahap implementasi program ergonomik masih
berada di tahap yang rendah dan program orientasi merupakan program tertinggi
dijalankan di industri. Manakala, hanya 11.1 % responden yang menubuhkan pasukan
ergonomik di organisasi. Oaripada analisis kajian kes menunjukkan aplikasi ergonomik
dalam faktor Peralatan merupakan faktor tertinggi yang mempengaruhi kesejahteraan
motivasi responden yang menggunakan VOT dimana ia dapat meningkatkan kepuasan
bekerja, motivasi diri, prestasi dan menjamin kesihatan dan keselamatan pekerja.
Description
Keywords
Ergonomik ialah sains biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraan , di antara pekerja dengan persekitaran kerjanya.