Aplikasi Ergonomik Dalam Sistem Kerja Untuk Kesejahteraan Motivasi Pekerja Menggunakan Terminal Paparan Visual

dc.contributor.authorShaliza, Shaliza Azreen
dc.date.accessioned2016-11-22T01:07:33Z
dc.date.available2016-11-22T01:07:33Z
dc.date.issued2007-09
dc.description.abstractMenurut International Labour Organization (ILO), ergonomik ialah sains biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitaran kerjanya. Oengan wujudnya hubungan ini, kesejahteraan motivasi pekerja dapat dicapai berdasarkan kepada peningkatan kepuasan kerja, motivasi atau semangat bekerja dan pengurangan tahap tekanan atau gangguan emosi. Oleh itu, kajian ini mengkaji samada aplikasi prinsip ergonomik dalam sistem kerja dapat memberi kesan yang positif kepada kesejahteraan motivasi pekerja yang menggunakan terminal paparan visual (VOT) di industri pembuatan. Kaedah pertama iaitu bancian dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesedaran ergonomik, tahap pelaksanaan program ergonomik dan peratusan penubuhan pasukan ergonomik di industri pembuatan. Manakala kaedah kedua iaitu kajian kes dijalankan di dua buah organisasi yang berbeza skor tahap kesedaran ergonomik. la dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan pengedaran borang soal selidik. Keputusan bancian menunjukkan bahawa tahap kesedaran ergonomik di industri pembuatan Malaysia berada di tahap sederhana. Kekurangan informasi, pengetahuan dan latihan mengenai ergonomik serta tiada tekanan untuk melaksanakan program ergonomik merupakan dua faktor tertinggi yang menghalang sesebuah organisasi mengimplementasikan programprogram ergonomik. Semen tara itu, tahap implementasi program ergonomik masih berada di tahap yang rendah dan program orientasi merupakan program tertinggi dijalankan di industri. Manakala, hanya 11.1 % responden yang menubuhkan pasukan ergonomik di organisasi. Oaripada analisis kajian kes menunjukkan aplikasi ergonomik dalam faktor Peralatan merupakan faktor tertinggi yang mempengaruhi kesejahteraan motivasi responden yang menggunakan VOT dimana ia dapat meningkatkan kepuasan bekerja, motivasi diri, prestasi dan menjamin kesihatan dan keselamatan pekerja.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3147
dc.subjectErgonomik ialah sains biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraanen_US
dc.subjectdi antara pekerja dengan persekitaran kerjanya.en_US
dc.titleAplikasi Ergonomik Dalam Sistem Kerja Untuk Kesejahteraan Motivasi Pekerja Menggunakan Terminal Paparan Visualen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: