Kebudayaan Pleistosen Akhir-Awal Holosen Di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan
Loading...
Date
2020-11
Authors
Rasydan Muhammad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Sebuah kajian arkeologi telah dilakukan di Gua Pelangi, Negeri Sembilan
bertujuan untuk mengenal pasti kebudayaan in situ tertanam di tapak. Kaedah yang digunakan melibatkan kerja lapangan dan analisis makmal. Kerja lapangan khasnya ekskavasi telah dijalankan di tapak ini pada tahun 2015. Ekskavasi telah mendedahkan 299 artifak litik, 52,929 sisa fauna dan bukti pembakaran seperti abu, arang dan sedimen terbakar yang masih in situ. Sampel bukti pembakaran memberikan pentarikhan gua ini telah dihuni pada sekitar 14,000-9,000 tahun dahulu. Analisis makmal terhadap artifak litik mendedahkan teknologi litik (bahan mentah, jenis alat dan teknologi pembuatan) dominan di tapak ini menggunakan batuan sabak (60%) untuk dijadikan alat pebel bifas di samping alat pebel yang lain dan alat repehan. Kehadiran batu pemukul, teras, pelandas dan puingan menunjukkan ada juga aktiviti
pembuatan alat batu di tapak ini.
Description
Keywords
Kebudayaan Pleistosen Akhir-Awal Holosen , Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan