Kebudayaan Pleistosen Akhir-Awal Holosen Di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan

dc.contributor.authorRasydan Muhammad
dc.date.accessioned2022-05-26T07:05:34Z
dc.date.available2022-05-26T07:05:34Z
dc.date.issued2020-11
dc.description.abstractSebuah kajian arkeologi telah dilakukan di Gua Pelangi, Negeri Sembilan bertujuan untuk mengenal pasti kebudayaan in situ tertanam di tapak. Kaedah yang digunakan melibatkan kerja lapangan dan analisis makmal. Kerja lapangan khasnya ekskavasi telah dijalankan di tapak ini pada tahun 2015. Ekskavasi telah mendedahkan 299 artifak litik, 52,929 sisa fauna dan bukti pembakaran seperti abu, arang dan sedimen terbakar yang masih in situ. Sampel bukti pembakaran memberikan pentarikhan gua ini telah dihuni pada sekitar 14,000-9,000 tahun dahulu. Analisis makmal terhadap artifak litik mendedahkan teknologi litik (bahan mentah, jenis alat dan teknologi pembuatan) dominan di tapak ini menggunakan batuan sabak (60%) untuk dijadikan alat pebel bifas di samping alat pebel yang lain dan alat repehan. Kehadiran batu pemukul, teras, pelandas dan puingan menunjukkan ada juga aktiviti pembuatan alat batu di tapak ini.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/15310
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKebudayaan Pleistosen Akhir-Awal Holosenen_US
dc.subjectGua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilanen_US
dc.titleKebudayaan Pleistosen Akhir-Awal Holosen Di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: