Satu kajian tinjauan tentang kesan atribut media sidang video dalam program pembelajaran jarak jauh
Loading...
Date
2007-01
Authors
Halili, Siti Hajar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Satu kajian tinjauan telah dijalankan untuk melihat keutamaan penggunaan
atribut media teknologi sidang video iaitu audio, video dan grafik serta melihat sama
ada terdapat perbezaan signifikan antara penggunaan atribut media teknologi sidang
video dengan jantina, peringkat pengajian dan program akademik. Kajian ini juga
bertujuan untuk melihat sama ada proses pembelajaran berlaku atau sebaliknya
apabila pelajar menghadiri sesi sidang video. Soal selidik digunakan untuk
memperolehi data dan seramai 226 responden menjawab borang soal selidik yang
dihantar kepada mereka. Data telah dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik
deskriptif dan ANOVA sehala. Perisian SPSS telah digunakan untuk menganalisa data.
Empat hipotesis penyelidikan telah diuji dalam penyelidikan ini untuk melihat
samada terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan pelajar yang berlainan jantina,
peringkat pengajian dan program akademik terhadap penggunaan atribut media
teknologi sidang video. Analisis ujian khi-kuasa dua dengan aras signifikan 0.05
digunakan dalam membuat keputusan samada menerima atau menolak hipotesis
penyelidikan ini. Hasil analisis ujian khi-kuasa dua mendapati bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara penggunaan elemen audio, video dan grafik
terhadap penggunaan atribut media teknologi sidang video malah tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di kalangan pelajar yang berlainan jantina, peringkat
pengajian dan program akademik terhadap penggunaan atribut media teknologi sidang
video. Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhan penggunaan elemen audio
adalah lebih panting berbanding elemen video dan grafik. Dalam aspek jantina, pelajar
lelaki didapati lebih mengutamakan penggunaan atribut media teknologi sidang video
berbanding pelajar perempuan. Dalam peringkat pengajian pula, pelajar baru pula lebih
memanfaatkan penggunaan ketiga-tiga atribut media teknologi sidang video
berbanding pelajar lama. Manakala, keputusan kajian juga menunjukkan pelajar aliran
sastera lebih mengutamakan penggunaan elemen audio dan video manakala pelajar
aliran sains pula lebih mengutamakan penggunaan elemen grafik.
Dalam melihat sama ada proses pembelajaran berlaku atau sebaliknya,
penyelidik menggunakan model proses pembelajaran Gagne (1985) yang terdiri
daripada sembilan fasa seperti motivasi, perhatian, jangkaan, perolehan ingatan
kembali, pemilihan persepsi, mengekod dan penyimpanan jangka panjang, gerak
balas/prestasi, maklum balas dan peneguhan serta generalisasi pembelajaran.
Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar bersetuju bahawa proses
pembelajaran berlaku semasa menghadiri sesi sidang video dan fasa motivasi
merupakan fasa yang paling panting terhadap penggunaan teknologi sidang video
dalam proses pembelajaran pelajar. Berdasarkan data yang diperolehi dan dianalisis,
beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan penggunaan atribut media
teknologi sidang video agar lebih efektif dan efisien dalam usaha membantu
memudahkan proses pembelajaran.
Description
Keywords
Audio, video dan grafik