Satu kajian tinjauan tentang kesan atribut media sidang video dalam program pembelajaran jarak jauh

dc.contributor.authorHalili, Siti Hajar
dc.date.accessioned2017-08-03T06:16:10Z
dc.date.available2017-08-03T06:16:10Z
dc.date.issued2007-01
dc.description.abstractSatu kajian tinjauan telah dijalankan untuk melihat keutamaan penggunaan atribut media teknologi sidang video iaitu audio, video dan grafik serta melihat sama ada terdapat perbezaan signifikan antara penggunaan atribut media teknologi sidang video dengan jantina, peringkat pengajian dan program akademik. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada proses pembelajaran berlaku atau sebaliknya apabila pelajar menghadiri sesi sidang video. Soal selidik digunakan untuk memperolehi data dan seramai 226 responden menjawab borang soal selidik yang dihantar kepada mereka. Data telah dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ANOVA sehala. Perisian SPSS telah digunakan untuk menganalisa data. Empat hipotesis penyelidikan telah diuji dalam penyelidikan ini untuk melihat samada terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan pelajar yang berlainan jantina, peringkat pengajian dan program akademik terhadap penggunaan atribut media teknologi sidang video. Analisis ujian khi-kuasa dua dengan aras signifikan 0.05 digunakan dalam membuat keputusan samada menerima atau menolak hipotesis penyelidikan ini. Hasil analisis ujian khi-kuasa dua mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan elemen audio, video dan grafik terhadap penggunaan atribut media teknologi sidang video malah tidak terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan pelajar yang berlainan jantina, peringkat pengajian dan program akademik terhadap penggunaan atribut media teknologi sidang video. Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhan penggunaan elemen audio adalah lebih panting berbanding elemen video dan grafik. Dalam aspek jantina, pelajar lelaki didapati lebih mengutamakan penggunaan atribut media teknologi sidang video berbanding pelajar perempuan. Dalam peringkat pengajian pula, pelajar baru pula lebih memanfaatkan penggunaan ketiga-tiga atribut media teknologi sidang video berbanding pelajar lama. Manakala, keputusan kajian juga menunjukkan pelajar aliran sastera lebih mengutamakan penggunaan elemen audio dan video manakala pelajar aliran sains pula lebih mengutamakan penggunaan elemen grafik. Dalam melihat sama ada proses pembelajaran berlaku atau sebaliknya, penyelidik menggunakan model proses pembelajaran Gagne (1985) yang terdiri daripada sembilan fasa seperti motivasi, perhatian, jangkaan, perolehan ingatan kembali, pemilihan persepsi, mengekod dan penyimpanan jangka panjang, gerak balas/prestasi, maklum balas dan peneguhan serta generalisasi pembelajaran. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar bersetuju bahawa proses pembelajaran berlaku semasa menghadiri sesi sidang video dan fasa motivasi merupakan fasa yang paling panting terhadap penggunaan teknologi sidang video dalam proses pembelajaran pelajar. Berdasarkan data yang diperolehi dan dianalisis, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan penggunaan atribut media teknologi sidang video agar lebih efektif dan efisien dalam usaha membantu memudahkan proses pembelajaran.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4305
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectAudio, video dan grafiken_US
dc.titleSatu kajian tinjauan tentang kesan atribut media sidang video dalam program pembelajaran jarak jauhen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: