Budaya Material Temiar Di Pos Kuala Mu Sungai Siput Perak Dari Perspektif Etnoarkeologi
Loading...
Date
2018-01
Authors
Ramli, Noorsyarmalaila
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian etnoarkeologi yang dilakukan terhadap masyarakat Temiar di Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak ini melibatkan kajian lapangan sejak Ogos 2014 sehingga Julai 2015. Tujuan kajian ialah untuk menyelesaikan beberapa isu dan masalah serta persoalan-persoalan yang mencakupi a) corak adaptasi dan persekitaran, b) makna dan simbol, c) kemahiran mencipta budaya material, d) fungsi alat batu pemukul kulit kayu Neolitik dan teknologi menghasilkan pakaian kulit kayu. Bagi mendapatkan data, kajian lapangan yang melibatkan (survei awalan, penyertaan-pemerhatian ikut serta, soal selidik, temu bual dan juga eksperimen telah dilakukan). Data-data kualitatif dan kuantitatif yang diperolehi dianalisis serta diinterpretasikan. Hasil kajian ini mendapati bahawa corak dan reka bentuk peralatan budaya material yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh persekitaran yang didiami iaitu hutan, sungai dan juga bukit. Terdapat sebanyak 34 jenis peralatan budaya material yang telah dikenalpasti di kawasan kajian yang diklasifikasikan kepada lima iaitu alat mata pencarian, alat kegunaan rumah tangga, alat muzik, alat ritual dan perhiasan. Secara keseluruhannya peralatan budaya material yang dihasilkan adalah diperbuat daripada sumber bahan mentah secara semulajadi dari hutan. Ciri-ciri peralatan budaya material yang dihasilkan adalah bersifat ringkas, rasional dan mudah untuk dikendalikan. Selain itu, motif-motif yang terdapat pada peralatan budaya material bukan sahaja untuk tujuan estetika malah ianya mempunyai makna-makna tertentu yang berkait rapat dengan persekitaran yang didiami. Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa peralatan budaya material yang dihasilkan ini adalah diperolehi secara semulajadi, dipelajari dan diwarisi secara turun-temurun dari generasi ke generasi. Seseorang individu yang mempunyai kemahiran ini lazimnya adalah orang yang berusia dan berpengalaman dan seterusnya memindahkan kemahiran yang dimiliki kepada ahli keluarga yang terdekat.
Description
Keywords
Budaya material temiar di pos kuala mu , sungai siput perak dari perspektif etnoarkeologi