Budaya Material Temiar Di Pos Kuala Mu Sungai Siput Perak Dari Perspektif Etnoarkeologi

dc.contributor.authorRamli, Noorsyarmalaila
dc.date.accessioned2019-01-30T06:42:57Z
dc.date.available2019-01-30T06:42:57Z
dc.date.issued2018-01
dc.description.abstractKajian etnoarkeologi yang dilakukan terhadap masyarakat Temiar di Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak ini melibatkan kajian lapangan sejak Ogos 2014 sehingga Julai 2015. Tujuan kajian ialah untuk menyelesaikan beberapa isu dan masalah serta persoalan-persoalan yang mencakupi a) corak adaptasi dan persekitaran, b) makna dan simbol, c) kemahiran mencipta budaya material, d) fungsi alat batu pemukul kulit kayu Neolitik dan teknologi menghasilkan pakaian kulit kayu. Bagi mendapatkan data, kajian lapangan yang melibatkan (survei awalan, penyertaan-pemerhatian ikut serta, soal selidik, temu bual dan juga eksperimen telah dilakukan). Data-data kualitatif dan kuantitatif yang diperolehi dianalisis serta diinterpretasikan. Hasil kajian ini mendapati bahawa corak dan reka bentuk peralatan budaya material yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh persekitaran yang didiami iaitu hutan, sungai dan juga bukit. Terdapat sebanyak 34 jenis peralatan budaya material yang telah dikenalpasti di kawasan kajian yang diklasifikasikan kepada lima iaitu alat mata pencarian, alat kegunaan rumah tangga, alat muzik, alat ritual dan perhiasan. Secara keseluruhannya peralatan budaya material yang dihasilkan adalah diperbuat daripada sumber bahan mentah secara semulajadi dari hutan. Ciri-ciri peralatan budaya material yang dihasilkan adalah bersifat ringkas, rasional dan mudah untuk dikendalikan. Selain itu, motif-motif yang terdapat pada peralatan budaya material bukan sahaja untuk tujuan estetika malah ianya mempunyai makna-makna tertentu yang berkait rapat dengan persekitaran yang didiami. Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa peralatan budaya material yang dihasilkan ini adalah diperolehi secara semulajadi, dipelajari dan diwarisi secara turun-temurun dari generasi ke generasi. Seseorang individu yang mempunyai kemahiran ini lazimnya adalah orang yang berusia dan berpengalaman dan seterusnya memindahkan kemahiran yang dimiliki kepada ahli keluarga yang terdekat.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7695
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectBudaya material temiar di pos kuala muen_US
dc.subjectsungai siput perak dari perspektif etnoarkeologien_US
dc.titleBudaya Material Temiar Di Pos Kuala Mu Sungai Siput Perak Dari Perspektif Etnoarkeologien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: